top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Peningkatan kes denggi dijangka berlaku

Penulis : Ishaira Syuhada Isran

Penyunting : Siti Nurhezzaty Hamdan


sumber: google

PUTRAJAYA, 8 JUN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan akan berlaku gelombang kedua peningkatan kes demam denggi bermula Jun sehingga September pada tahun ini berdasarkan trend kes selama lima tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, banyak premis perniagaan yang ditutup dan berkemungkinan menjadi tempat berisiko berlakunya pembiakan nyamuk.

Menurutnya, orang ramai disarankan menjaga dan meningkatkan tahap kebersihan kawasan masing-masing terutamanya tempat pembiakan nyamuk aedes seperti takungan air. Beliau juga menasihatkan agar premis-premis perniagaan sentiasa menjaga kebersihan premis untuk mengelakkan demam denggi terutama dikawasan bertakung bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik yang menyebabkan aedes membiak.

“Usaha membanteras nyamuk aedes dan denggi ini juga adalah tanggungjawab kita semua seperti masyarakat berusaha dalam membendung wabak penularan covid-19 di negara. Pada tahun ini sebanyak 11 peratus mengakibatkan kes demam denggi kerana lewat mendapat rawatan iaitu setelah 3 hari bergejala.

“Sejak enam minggu yang lalu terdapat trend peningkatan kes demam denggi yang berterusan iaitu dengan purata peningkatan sebanyak lapan peratus setiap minggu, dalam tempoh Januari hingga Jun lalu sebanyak 48,584 kes yang dilaporkan berbanding 54,524 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2019 iaitu penurunan sebanyak 11 peratus. Walaupun berlaku trend penurunan berbanding tahun lepas, kes ini berlaku peningkatan sejak enam minggu yang lalu,” katanya pada sidang media harian.

Beliau juga menasihatkan agar penjagaan kebersihan perlu selaras dengan norma baru dan kelaziman baru bagi mengelakkan kes demam denggi terus meningkat.

12 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page