top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pentingnya Pengawasan Keselamatan Kanak-Kanak SemasaAktiviti Riadah

Penulis : Nur Najwa ‘Awatif Taufek

Penyunting : Nurul Halida Norniza

Sumber Foto: Nur Najwa ‘Awatif Taufek


Kes terbaharu, mengenai seorang kanak-kanak yang hilang dan mati mengejut. Menurut dari sumber Berita Harian 29 Disember 2023 menjelaskan bahawa ibu kepada kanak–kanak Zayn Rayyan, Ismanira berkongsi di Facebook mengenai kehilangan anaknya ketika menaiki tangga Blok R ke rumah mereka selepas bermain di taman permainan apartmen berkenanan pada 5 Disember lalu.


Biarpun pada mulanya telah diklafikasikan sebagai kes budak hilang dan mati mengejut tetapi hasil daripada bedah siasat dilakukan terhadap mayat kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu mendapati kesan luka mempertahankan diri pada tubuhnya.


Dalam hal ini, pengawasan kanak-kanak ketika kawasan yang terbuka seperti padang, kawasan perumahan atau kedia runcit perlulah di titik beratkan oleh ibu-bapa atau orang yang lebih tua kerana elemen yang utama bagi ibu-bapa adalah memantau dan tidak boleh mengabaikan anak-anak.


Menurut daripada sumber Berita Harian Metro, 28 Oktober 2014, mengatakan Pakar Pediatrik dan Kardiologi Kanak-kanak Dr Yong Junina Fadzil berkata, ibu bapa perlu mengikis persepsi bahawa kanak-

kanak masa kini sudah pandai ‘membawa diri’ dengan menguruskan kehidupan di sekeliling mereka tanpa pengawasan orang dewasa.


Jelas itu juga, ibu-bapa perlu mengutamakan keselamatan anak-anak antaranya tidak membiarkan mereka bersendirian tanpa hala tuju dan mengawasan. Dr Yong juga menasihati bahawa struktur rumah juga penting dan perlu berada dalam keadaan baik terutama di kawasan kediaman yang tinggi seperti memasang grill sama ada pada pintu atau tingkap di rumah.


Aktiviti riadah ini merupakan dalam usaha memahami dan mengenali cabaran emosi, pengaruh riadah terhadap kecerdasan emosi kanak-kanak adalah perkara yang penting. Kebanyakkan kanak-kanak sering dihadapi pelbagai tekanan dan cabaran, baik di rumah mahupun di persekitaran tempat pendidikan. Aktiviti ini memberikan pelbagai manfaat kepada kanak-kanak, tetapi disebalik keceriaan kanak-kanak keselamatan adalah perkara penting yang perlu ibu-bapa menitik beratkan. Dengan

pengawasan yang teliti, bukan sahaja dari segi kecederaan kanak-kanak sahaja malah keselamatan kawasan persekitiran disekeliling.


Dengan cara beriadah ini dapat membentuk kemahiran sosial kanak-kanak juga dapat melalui permainan berkumpulan dan bersukan, kanak-kanak dapat belajar berinteraksi dengan rakan sebaya dan dapat mengembangkan kemahiran komunikasi. Ini membatu dalam membentuk aspek kecerdasan emosi seperti kesedaran sosial dan hubungan interpesonal.


Menurut Faridah,28, ketika ditemu bual di MPKj Sport Complex, Bandar Baru Bangi berkata, aktiviti riadah adalah penting kerana melibatkan kecerdasan emosi kanak-kanak tetapi keselamatan kanak- kanak semasa beriadah juga sangat penting.


“Pada zaman sekarang keselamatan kanak-kanak penting sebab sekarang kita tak tahu apa yang akan berlaku walaupun anak-anak berada depan mata. Jadi sebagai parent kita kena alert anak kita buat apa dan dekat mana.


“Keselamatan kanak-kanak ini kita perlu ambil berat kerana apabila kita terlepas pandang mungkin anak kita akan hilang atau buat benda yang boleh cederakan diri dia. Sebab masih kanak-kanak ini

masih fasa mengenali so bila bawa ke padang kita kena jaga lah keselamatan anak kita sendiri”, katanya.


Sementara itu, Syifa,29, berkata keselamatan kanak-kanak perlu dipandang serius kerana kanak-kanak ini kita tidak boleh dijangka apa yang akan mereka lakukan. Jadi sebagai ibu-bapa kita perlu memantau keadaan anak-anak ketika beriadah.


“Beriadah ini juga penting untuk kanak-kanak bagi tumbesaran minda dan kita sebagai ibu-bapa perlu mengurangkan penggunaan gadjet kepada anak kita dalam seharian. Perkara ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi sukar untuk bergaul dan menyebabkan kanak-kanak ini tidak berfikiran terbuka.


“Semasa beriadah ibu-bapa kurangkan lah bagi pengguna gadjet kita sepatutnya meluangkan masa bersama anak kita dan memantau keselematan mereka itu lebih penting daripada melihat telefon itu”,katanya


Bagi Maisarah pula, berpendapat bahawa kanak-kanak perlu pengawalan keselamatan semasa berada di luar rumah kerana mereka ini mudah untuk megikuti sesiapa sahaja yang tidak dikenali tambahan pula apabila di pelawa dengan perkara yang menarik seperti gula-gula, barangan mainan dan lain-lain.


“Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu mengajar dan mendidik anak-anak kita untuk memastikan mereka tidak mudah untuk mengikut orang yang tidak dikenali sejak dari kecil dan mengajar mereka agar tahu bagaimana acara untuk protect diri tu dari orang yang tidak diingini”,menurutnya.


Setiap ibu bapa mengawal anak-anak ketika berada di kawasan luar daripada rumah mahupun di rumah adalah penting kerana keselamatan kanak-kanak tidak boleh dijamin apabila tanpa pengawal daripada orang yang lebih tua. Beriadah juga membantu mereka untuk belajar tentang persekitaran fizikal dan cabaran yang ada di luar sana cara bagaimana untuk mengatasi.

24 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page