top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Penunu Bunsen Tawan Hati Juri

Oleh: Nur Zulaikha Hisham

Penyunting: Nur Yusliana Yusoff


Sumber: Nasrul Farhan Bin Rizal


BANGI, 9 Mac – Kumpulan Muzik terkemuka Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Penunu Bunsen dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Frenster Band-Zai pada Fiesta Rumah Terbuka Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12), Universiti Malaya (FRENSTER) yang berlangsung di Universiti Malaya, baru-baru ini.


Frenster Band-Zai ini merupakan acara utama bagi FRENSTER pada tahun ini. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini juga telah disertai sebanyak 14 band yang bertanding termasuklah beberapa kumpulan band indie tempatan serta band-band universiti.


Penunu Bunsen yang dianggotai sembilan orang iaitu Nasrul Farhan selaku vokalis, Ali Ghani sebagai dram, Khairul Najmi sebagai pemain bass dan Abdul Mazid sebagai gitar serta Hafidzul Fikri sebagai keyboard. Manakala, Shayrul Idzni dan Najmi Zainal sebagai trompet juga Zulhusni yang memainkan trombone dan Ku Muhammad Azmeel sebagai pemain perkusi. Separuh daripada mereka terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dua lagi pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).


Vokalisnya, Nasrul Farhan Bin Rizal (Sarjanamuda Kejuruteraan Mekanikal, 4) berkata “Genre yang kami bawa pada pertandingan yang lepas adalah genre City Pop yang pernah dipopularkan pada tahun 70-80an dan genre ini berasal dari Jepun”.


Tambahnya lagi, “Kami mengambil inisiatif untuk menyampaikan lagu berkonsep City Pop serta mempopularkan semula lagu-lagu yang pernah menjadi kegilaan pada tahun 80an dan kami dapat menyampaikan genre City Pop ini kepada penonton dan pendengar” kata vokalis Penunu Bunsen, Nasrul.


Menurut Ali Bin Abdul Ghani (Sarjanamuda Ekonomi, 3), “Antara komen yang diterima adalah juri memuji cara kami mengubah lagu yang mana perubahan yang dibuat mampu dibawa dan tidak keterlaluan. Serta, kombinasi instrumen yang sangat bagus”.


“Juri juga telah memberikan komen yang positif dimana beliau berkata penyampaian lagu yang disampaikan adalah sangat baik, mesej dan cara penyampaian tepat dan berjaya disampaikan.”


Menurut salah seorang pengunjung, “Pada saya lagu mereka ni menarik lebih-lebih lagi untuk saya yang baru berjinak-jinak dengan band-band indie dan susunan muzik dalam lagu sinaran tu sumpah best” Adrian Lee, 24.


Perbezaan markah antara kumpulan-kumpulan band yang lain sangat sengit sehingga mereka berjaya menempatkan diri di tempat yang pertama seterusnya diikuti Nemesys di tempat kedua dan LastNinetys di tempat ketiga.


Kemenangan itu membolehkan Penunu Bunsen membawa pulang cek bernilai RM1,000.00 dan bakal membuat persembahan di Art Of Speed yang ditaja oleh Hausboommusic, selain terus mengharumkan nama universiti di persada muzik band berkumpulan.

126 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page