Nadi Bangi
“Kesian Ayam Dipanggil Babi”
Oleh: Siti Masyitah Shabri
Penyunting: Amiera Hanis Hussin

Sumber: Google dan Tiktok
BANGI, 22 Nov – Sebuah rakaman video yang dimuat naik di aplikasi tiktok menjadi tular apabila pengguna berkenaan mendakwa terdapat daging babi di dalam mi kari di Restoran Oldtown White Coffee pada minggu lalu.
Video yang dimuat naik oleh @sazz999ritz di laman tiktoknya mendapat perhatian netizen dan telah dikongsi oleh ramai pengguna media sosial yang lain seperti di Twitter, Instagram dan Facebook.
Lanjutan itu, menurut sumber MStar Online, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah berkunjung ke premis berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut dan mendapati bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.
Nadi Bangi ada memetik komen daripada pemegang akaun Twitter @gohjingloh, yang menyatakan rasa simpati beliau terhadap nasib ayam yang dituduh sebagai babi tersebut.
“‘Goodluck’ for pakcik kerana menyebut babi kepada ayam. Kesian ayam dibabi,” katanya.
Nadi Bangi juga sempat meninjau komen-komen di laman sosial Twitter berkenaan dengan tuduhan yang menyatakan bahawa daging babi dan daging ayam adalah mudah untuk dibezakan berdasarkan teksturnya.
Pemegang akaun Twitter @aidafarinazeema memberi tahu bahawa, ia tidak masuk akal untuk menggantikan daging ayam kepada daging babi kerana harganya lebih tinggi dan menyarankan agar premis tersebut membuat tindakan undang-undang ke atas penyebar berita palsu tersebut.
“Dia tak tahu kut (mungkin) ayam kalau diperap dengan rempah boleh bertukar warna. Ingat pork (daging babi) murah agak nya. Kalau murah make sense (masuk akal) la juga. Harap old town saman kalau memang betul pakcik tu bagi fake news (berita palsu). Biar berfikir sikit sebelum nak buat statement (kenyataan),” ujarnya.
Kenyataan itu turut disokong oleh pemilik akaun Twitter bernama @iankwj, yang merupakan salah seorang peniaga berbangsa Cina menyatakan bahawa mereka cenderung untuk mengoperasikan perniagaan dengan kos yang murah bagi memperoleh keuntungan yang tinggi.

Sumber: Twitter
“Knowing how Chinese business ppl operate (I'm one myself), we tend to operate on the cheapest cost possible to eke out the most profit. From my knowledge pork is significantly more expensive compared to chicken. Just based of off this I'd say it's highly implausible.”
Malah, terdapat juga netizen yang mempersoalkan bagaimana pihak berkenaan mengenali dan mengetahui daging tersebut adalah daging babi.
“Macam mana dia tahu tu babi. Dia pernah makan ke. Macam dah biasa je,” kata @mhmed_zack1arep menerusi akaun Twitternya.
Justeru, tuduhan menggantikan daging ayam kepada daging babi sangat tidak masuk akal kerana daging babi jauh lebih mahal daripada daging ayam.
"Kami menggesa dan memohon bantuan netizen supaya menghentikan sebarang penyebaran maklumat atau berita palsu. Buat masa ini, kami sedang berbincang dengan pihak guaman sama ada akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu yang didapati membuat tuduhan palsu berkenaan," menurut Old Town White Coffee yang dipetik dari portal Sinar Harian.