top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Peperiksaan SPM 2020 Ditunda Gara-Gara Covid-19

Oleh: Mathuumitha G Ragawan Penyunting: Lingesh Kumar

Sumber:www.hype.my

BANGI, 5 Jan – Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ditunda kepada suku pertama tahun 2021 seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disebabkan situasi pandemik COVID-19.


Menurut berita Malay Mail, Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen bercadang untuk mengeluarkan sijil SPM kepada pelajar berdasarkan peperiksaan sekolah, kerja kursus yang lalu untuk dinilai oleh guru masing-masing dan tidak menangguhkan kerana keadaan COVID-19 masih tidak tentu.


Nadi Bangi sempat menemu ramah beberapa daripada mereka untuk mendapatkan pandangan bagi mereka yang terlibat dalam isu ini. Calon SPM 2020, Lim Wei Xin, 18, “Saya rasa kami sudah membuang banyak masa menunggu untuk menduduki peperiksaan kita. Saya tidak tahu bagaimana keadaan COVID-19 pada masa akan datang untuk kita menduduki peperiksaan SPM nanti.”


Shamala Nedunjeliyan, 46, ibu kepada seorang calon SPM 2020, “Saya bimbang peperiksaan ini ditangguhkan kerana ini juga melambatkan pelanjutan pengajian mereka. Saya juga mempunyai seorang lagi anak yang sepatutnya menduduki SPM pada tahun 2021 ini. Kami sebagai ibu bapa bimbang kerana ia adalah tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak kami selesai belajar dan pada masa yang sama kami harus menguruskan kewangan kami untuk menghantar mereka melanjutkan pelajaran nanti.”


Shahruddin bin Hassan, 43, seorang bapa kepada calon SPM “Saya bersetuju dengan apa Chong Chieng Jen bercadang kerana kita tidak tahu keadaan COVID-19 pada masa yang akan datang maka saya rasa pelajar SPM 2020 ini harus diberi sijil SPM berdasarkan prestasi mereka seperti peperiksaan dan kerja kursus. Jika berbuat demikian, sekurang-kurangnya mereka dapat melanjutkan pelajaran secepat mungkin.”


Esther Lee, 18, yang juga merupakan antara calon SPM 2020, “Saya berasa sangat tertekan kerana kita sebenarnya tidak tahu bila kita akan berjaya menyelesaikan peperiksaan SPM kita. Saya bimbang SPM akan ditangguhkan lagi sekiranya kes COVID-19 masih tinggi. Segala usaha dan masa kita mengorbankan untuk menduduki peperiksaan akan sia-sia.”


Chong menyatakan bahawa perluasan perintah kawalan pergerakan pemulihan (RMCO) hingga 31 Mac dan kes COVID-19 yang masih tinggi pada setiap hari menyebabkan keadaan tidak selamat bagi para pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM yang dirancang untuk diadakan pada suku pertama 2021.

241 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page