top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Tiba Masa Beri Keutamaan Buat Usahawan dan Produk Tempatan

Oleh: Azmi Nordin

Penyunting: Rahimi Rahim


Sumber: Google


Bagi menyambut baik saranan kerajaan Indonesia, Syarikat E-dagang Shopee Indonesia telah mengeluarkan kenyataan untuk menyekat 13 kategori produk daripada dijual ke dalam negara itu untuk memelihara peniaga mikro dibawah program Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS). Antara produk yang termasuk dalam kategori barangan yang tidak dibenarkan antaranya barangan tekstil, perhiasan rumah, produk kecantikan, dan lain lain lagi.


Berkenaan isu Indonesia yang menyekat peniaga luar negara daripada memasuki arena perdagangan bersama peniaga mikro di Indonesia perlu diterima baik oleh masyarakat negara itu sendiri. Meskipun diketahui umum bahawa harga di peringkat global jauh lebih murah berbanding buatan negara sendiri. Namun, inilah yang akan membangunkan ekonomi negara dan menjadikan produk yang dijual itu setanding dengan barangan yang dibeli secara import. peniaga pastinya ingin memberikan hasil dan barangan yang mencapai apa yang diinginkan pelanggan mereka. Peniaga pasti ingin memberi apa yang diinginkan oleh pelanggan mereka selain daripada memikirkan hasil yang diperoleh.


Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negaranya, membeli produk buatan negara ataupun daripada peniaga Malaysia sendiri adalah perlu bagi memulihkan kembali ekonominegara terutamanya buat peniaga mikro mahupun peniaga yang sedang berkembang naik. Persepsi tentang barangan luar negara lebih bagus daripada produk lokal adalah sesuatu yang perlu diubah. Hal ini kerana produk buatan Malaysia sendiri amat berkualiti dan perlu mematuhi standard atau paiwaian SIRIM yang mana membuktikan produk mereka itu sangat bermutu. Buat barangan tekstil pula kualiti dan rekaan grafik yang digunakan adalah setanding dengan barangan import yang berjenama. Jadi ini bukanlah satu alasan lagi buat rakyat untuk mencari barangan berkualiti di luar negara.


Gunakan bantuan kerajaan buat pembelian secara domestik


Kerajaan Malaysia sering memberikan bantuan kewangan ‘one off’ iaitu secara sekali sebagai contoh di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada rakyat. baru baru ini bantuan buat belia juga telah diberi dalam bentuk E-Dompet untuk dibelanjakan semasa wabak pandemik yang semakin teruk ini. Bantuan kewangan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat dan memulihkan ekonomi secara domestik. Oleh itu, bantuan kewangan seperti ini haruslah digunakan sebaik-baiknya untuk membeli barangan keperluan yang mana lebih baik jika digunakan untuk membeli produk lokal ataupun daripada peniaga tempatan sendiri.


Hal ini perlu difahami sendiri masyarakat kerana perbelanjaan secara domestik mampu membantu sektor sektor yang terkesan akibat pandemik di dalam negara. Meskipun perbezaan jurang harga barangan di dalam negara dan luar negara itu dapat dilihat, masyarakat patut lebih cenderung membantu negara dan masyarakat yang merupakan peniaga bagi terus mengharungi pandemik ini. Jika tada sebarang keuntungan atau pulangan yang diterima oleh rakyat dikala pandemik ini, pastinya akan perniagaan yang dilakukan tidak akan tahan lama sekaligus kadar jumlah syarikat atau peniaga yang bakal muflis akan meningkat.


Bantu sektor yang terkesan akibat covid-19


Pelbagai sektor berada di dalam kerugian kerana kurang atau tiada untung yang berjaya diperoleh dikala pandemik ini. Antara sektor yang amat terkesan adalah pelancongan, pengangkutan, pembinaan, pembuatan dan lain lain lagi. Bagi memulihkan kembali sektor ekonomi yang tergendala, rakyat Malaysia sendiri perlulah berbelanja ke arah sektor ini seperti melancong di dalam secara domestik dengan keluarga mahupun rakan rakan. Malaysia sendiri mempunyai pelbagai tempat yang menarik dan cantik yang mungkin belum pernah dilawati. Jadi ini adalah peluang yang baik buat rakyat yang ingin bantu memulihkan ekonomi negara dan membantu peniaga tempatan.


Ramai peniaga dan usahawan tempatan yang tidak mendapatkan gaji hari pada masa kini. Akan tetapi dengan adanya inisiatif dan perancangan seperti ini pasti akan membuatkan mereka mampu untuk ‘bernafas’ kembali di dalam sektor yang mereka berada kini. Sektor sektor seperti ini tidak mampu untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan pada masa ini dan ianya amat mengganggu pendapatan mereka yang mana merupakan tempat mereka bergantung harap untuk hidup. Oleh itu, peranan daripada masyarakat untuk membantu mereka adalah penting bagi mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.


Mengapa perlu untuk berbelanja terhadap produk tempatan? Di dalam musim pandemik ini, ramai yang cenderung membeli belah melalui atas talian. Perniagaan atas talian lebih cenderung terhadap barangan import berbanding domestik atas sebab barangan itu lebih murah. Ini akan membuatkan aliran wang tidak mengalir secara domestik dan merencatkan pergerakan ekonomi domestik. Peranan rakyat sebagai pembeli yang bijak amat ditagih baik buat negara dan juga peniaga tempatan sendiri.


28 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page