top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Peranan Media dalam Penyebaran Informasi Covid19 dan Vaksin

Oleh: Vijayabalan A/L Krishnan

Penyunting: Kanessha A/P Rama Krishnan




BANGI, 18 Jun- Pelajar - pelajar Sarjana Komunikasi dari Pusat Kajian Media dan Komunikasi (Mention), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan sebuah siri webinar bersama Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia Dr Malar Santhi A/P Santhesedapan dan Pengerusi Malaysian Press Institute Datuk Dr. Chamil Wariya yang bertajuk ‘Vaksin, Di mana media ketika informasi diperlukan?’ bagi membincangkan isu vaksinasi yang kini melibatkan peranan media di Malaysia.


Menurut Dr Malar Santhi A/P Santhesedapan, Vaksinasi merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang terbaik, termudah dan terselamat dalam perang menentang wabak Covid-19 ini supaya dapat kembali ke norma biasa secepat mungkin dan juga dapat berjaya menentang pandemik dan penularan wabak Covid-19.


“Media memainkan peranan yang amat besar dalam perang menentang Covid-19 ini kerana sebagai petugas barisan hadapan, media menjadi orang tengah yang menyampaikan segala maklumat kepada rakyat Malaysia sama ada melalui media elektronik atau media sosial untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap pandemik Covid-19 supaya sama - sama kita berbangkit dalam perang menentang Covid-19” kata beliau


Beliau juga berkata bahawa walaupun media memainkan peranan yang amat bagus dalam Isu Covid -19 dan Vaksinasi, turut ada juga sikap sesetengah orang yang menguntungkan diri sendiri dengan menyebarkan berita dan informasi palsu melalui media sosial yang dikenali sebagai pemasaran negatif atau anti vaksin untuk membentuk suasana yang tidak selesa dalam kalangan masyarakat.


Menurut Datuk Dr. Chamil Wariya, ‘Media sebagai orang tengah yang menyalurkan maklumat kepada masyarakat dari semasa ke semasa bagi memastikan semua informasi dapat disampaikan dengan tepat dari pihak berkuasa sama ada Badan Legislatif , Kementerian Kesihatan Malaysia atau Majlis Keselamatan Negara.


“Media mempunyai empat peringkat kuasa yang utama dalam penyebaran maklumat berkaitan Covid-19 dan Vaksinasi, iaitu memaklumkan segala informasi yang disampaikan atau diterima, mendidik masyarakat, pencerahan maklumat dengan tepat serta teliti dan pengaruhan yang dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia” kata Datuk Dr. Chamil Wariya.


“Media sedang bersiap sedia ke arah Revolusi Industri 4.0 kerana kini khalayak kepada media elektronik dan media sosial adalah lebih tinggi dan jauh berbeza berbanding daripada media lain kerana segala informasi dapat diakses pada bila - bila masa dan di mana - mana. Hal ini menjadi salah satu perkara penting kepada pihak media kerana dapat menyalurkan segala informasi berkaitan Covid-19 dan Vaksinasi kepada khalayak dengan cepat dan jelas” tambah beliau.


Pelbagai input diterima oleh para peserta khususnya Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia berkaitan dengan menekankan peranan media dalam penyebaran informasi vaksin dan covid-19 di samping menjadi pembuka mata kepada masyarakat Malaysia yang mungkin terpengaruh dengan berita palsu tanpa memastikan kesahihan berita.


183 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page