Penulis: Aliff Idzwan Abdullah
Penyunting: Sharveshwaran Ramarau
Foto: Aliff Idzwan Abdullah
Sumber: Google
GOMBAK, 4 Nov – Perayaan Deepavali telah disambut secara terbuka dan juga secara meriah di Batu Caves tetapi SOP akan terus menjadi garis panduan untuk langkah berjaga dalam waktu pandemik ini, Malaysia pada masa ini telahpun berada di Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara.
Sebagai rakyat Malaysia kita ketahui bahawa Batu Caves adalah tempat orang beragama Hindu untuk sembahyang dan menyambut perayaan Deepavali dan juga menjadi tempat tumpuan pelancong untuk singgah dan menikmati suasana disitu.
Pengunjung yang bernama Kartik a/l Kumar, 34, sekeluarga India yang datang bersembahyang dan juga menyambut perayaan Deepavali di Batu Caves dimana mereka tiba seawal 9 pagi.
Menurut Kartik a/l Kumar menyatakan bahawa “setelah setahun lebih tidak dapat merayakan perayaan Deepavali bersama keluarga tercinta akhirnya tahun ini saya dan ahli keluarga dapat berkumpul dan sembahyang bersama-sama,”
Tambahan lagi beliau mengatakan “ saya amat gembira dengan perayaan tahun ini kerana tiada masalah atau sekatan yang berlaku namun saya juga telah menjaga sop seperti memakai pelitup muka, jaga jarak dan mengawal bilangan orang berkumpul di sebuah tempat sembahyang tersebut”
Lebih dari itu, peniaga – peniaga di Batu Caves juga meraih keuntungan dimana jualan mereka lebih laku kerana adanya pengunjung pada tahun ini yang menjadikan Batu Caves lebih meriah.
Menurut Suguna a/p Puviwaran, 38, dia mengatakan bahawa “ semasa Covid – 19 yang awal kedai di Batu Caves ini semua ditutup sehingga MCO yang terkini baru boleh dibuka selepas March 2020, sekarang semasa Fasa 4 ini kedai boleh dibuka dan dijual barang – barang sembahyang dan juga cenderahati”
Lebih dari itu, Suguna tambah bahawa “Pelanggan yang datang mengikut SOP dan juga saya menegur kepada sesiapa yang melanggar SOP semasa Covid – 19 ini. Kerana perlanggaran SOP akan menyebabkan disaman”
“Raya tahun ini memang saya gembira sebab dua tahun tidak menyambut dengan seronok, so this year memang colourful and also the fireworks and crackers disambut depan Batu Caves”
Terdapat juga beberapa pengunjung luar yang datang untuk melihat tumpuan tempat pelancongan dan bercuti di sekitar Kuala Lumpur.
Menurut Karmila Suzanti, 24, “Saya datang ke sini untuk bercuti dan juga melihat perbezaan antara rakyat beragama Hindu di Malaysia dan Indonesia, ada sedikit perbezaan dalam sembahyang tapi perbezaan itu kan indah”
“Suasana Covid-19 ini telah menyebabkan untuk balik ke Indonesia agak sukar sedikit kerana SOP di Malaysia ini diperketatkan lagi, tetapi Malaysia telahpun berjaya menangani Covid-19 ini dengan baik”
Comments