top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Perbezaan Batik Malaysia dan Indonesia


Penulis : Nurul Halida Norniza

Penyunting : Nur Najwa ‘Awatif Taufek



Sumber Foto: Google


Batik telah dikenali sejak dulu lagi, corak yang unik telah menarik minat ramai orang. Batik merupakan satu jenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Batik bukan sahaja dikenali di Malaysia malah di Indonesia juga batik banyak digunakan oleh warga tempatan. Perkataan batik berasal daripada Bahasa Indonesia yang bermaksud ‘pakaian yang mempunyai titik-titik kecil’.


Cara pembuatan batik telah membuat penambahbaikan mengikut peredaran zaman. Ramai orang tidak berapa menghargai penghasilan batik kerana mereka fikir pembuatan batik ini sangat mudah untuk dihasilkan.


Apabila kita bicara tentang batik kita pasti akan terfikir kain lama yang digunakan oleh orang lebih tua akan tetapi batik ini bukan sahaja boleh digunakan untuk baju sahaja malah boleh digunakan untuk membuat pelbagai benda. Contohnya seperti bag, penutup muka, bantal dan pelbagai lagi. Ini bertujuan untuk menarik lebih minat orang muda akan keunikan batik.


Persoalannya, apakah yang membezakan batik Malaysia dan batik Indonesia. Sesetengah orang fikir, batik Indonesia dan batik Malaysia ini adalah batik yang sama sahaja akan tetapi banyak perbezaan antara batik Malaysia dan batik Indonesia. Ramai yang tidak tahu akan perbezaan antara batik Malaysia dengan batik Indonesia. Perusahaan batik di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1911 manakala batik di Indonesia diperkenalkan sejak kurun ke 12. Batik di Malaysia lebih tertumpu di Pantai Timur sahaja.


Mohd Zaki atau lebih dikenali dengan panggilan Zaki, yang merupakan pekerja di kedai Zakir Batik yang bertempat di Pasar Seni berkata, Malaysia tidak membenarkan corak seperti binatang dalam penghasilan membuat batik, orang Malaysia mementingkan corak bunga untuk membuat batik. Corak rekaan batik Indonesia lebih penuh berbanding batik Malaysia yang coraknya lebih ringkas. Zaki telah berniaga di pasar seni selama 30 tahun jadi informasi tentang batik telah dia mahiri dan kedainya menjual pelbagai jenis barang yang diperbuat daripada batik.


Menurut Zaki, Malaysia tidak membenarkan corak seperti binatang dalam penghasilan membuat batik, orang Malaysia mementingkan corak bunga untuk membuat batik. Corak rekaan batik Indonesia lebih penuh berbanding batik Malaysia yang coraknya lebih ringkas.


“Batik Indonesia dan batik Malaysia ini sangat mudah untuk dibezakan, batik Indonesia banyak menggunakan corak binatang manakala batik Malaysia banyak menggunakan corak seperti flora dan fauna. Orang Indonesia tidak kisah akan corak yang digunakan untuk membuat batik, pelbagai corak yang pelik mereka gunakan,” katanya kepada Nadi Bangi.


Tambahnya lagi, warna yang digunakan untuk membuat batik Malaysia juga berbeza dengan batik Indonesia. Batik Malaysia mengunakan warna kimia dan import manakala batik Indonesia menggunakan pewarna semulajadi. Kebanyakkan orang fikir yang penggunaan warna untuk semua batik adalah sama.


Warna batik di Malaysia lebih berwarna terang manakala batik Indonesia lebih berwarna gelap. Ini kerana corak batik yang dicanting memainkan peranan dalam pemilihan warna. Pemilihan warna sangat penting dalam penghasilan batik. Kain yang digunakan juga berbeza antara kedua negara ini, kain yang digunakan untuk menghasilkan batik di Malaysia lebih halus manakala kain yang digunakan untuk menghasilkan batik di Indonesia lebih kasar.


Marilah kita lihat akan fungsi kegunaan batik di Malaysia dan Indonesia. Kebanyakan orang Malaysia menggunakan batik untuk kegunaan harian dan perhiasan manakala di Indonesia mereka menggunakan batik khas untuk upacara dan adat istiadat seperti perkahwinan ataupun majlis rasmi.


Penggunaan batik di Indonesia lebih kepada budaya mereka. Jika kita melawati Indonesia, kita boleh lihat bahawa pakaian batik di Indonesia merupakan pakaian tradisional mereka. Malaysia menggunakan sebagai perhiasan kerana corak bunga yang digunakan sesuai untuk dijadikan perhiasan.


Selain itu, pelbagai teknik yang digunakan di kedua-dua negara akan tetapi hanya segelintir sahaja yang menggunakan. Teknik pembuatan batik Indonesia dan batik Malaysia juga memiliki perbezaan.


Teknik pembuatan di Malaysia lebih kepada batik colet dan cara pembuatan batik di Indonesia pula lebih kepada batik cap dan batik tulis. Canting batik di Malaysia hanya mempunyai satu mata sahaja dan menggunakan pemidang untuk mencanting manakala canting batik di Indonesia pula mempunyai pelbagai mata. Pembuat batik di Indonesia melakukan proses mencanting secara duduk dengan meletakkan kain di atas tapak tangan.


“Harga batik di Malaysia ini agak mahal juga. Batik Indonesia ada yang mahal ada yang murah bergantung kepada corak dan teknik yang digunakan untuk membuat batik tersebut. Batik tulis mengambil masa yang lama untuk menghasilkannya kerana itu harganya mahal,” katanya.


Galeri rumah seni juga mempamerkan batik di Malaysia dan juga Indonesia. Harga batik Indonesia mencecah sehingga RM500 ke RM1000 kerana cara penghasilan yang rumit ketika menghasilkannya. Batik Malaysia pula hanya berharga RM50 sahaja.


“Kebanyakan orang Malaysia tidak menghargai batik, tidak seperti orang di Indonesia. Mereka menjadi batik ini sebagai salah satu pakaian tradisional mereka tetapi sekarang orang Malaysia lebih menghargai batik itu kerana sekarang jika kamu lihat pelbagai jenis kedai batik yang kita boleh jumpa,” katanya lagi.


Ternyata batik Malaysia dan batik Indonesia mempunyai pelbagai perbezaan. Perbezaan dari segi teknik, corak, kain, warna dan fungsinya. Namun yang demikian, coraknya yang unik tetap menarik ramai minat orang tidak kira batik dari Malaysia mahupun Indonesia.


Penggunaan batik lebih digunakan di kedua-dua negara ini oleh yang demikian 2 Oktober diisytiharkan sebagai hari Batik oleh kedua-dua negara ini. Ini bertujuan agar batik lebih dihargai dan tidak pupus kerana peredaran zaman

73 views4 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page