• Nadi Bangi

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT MENJEJASKAN PENDAPATAN PENIAGA.

Updated: May 17, 2020

Wartawan: Amy Ting

Penyunting: Yazlin Farina Yahaya

Sumber: Facebook @ Red Ant Series

MELAKA, 10 Mei: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan disambung sehingga 9 Jun iaitu bertambah lagi 4 minggu.

Walaupun ekonomi telah dibuka semula pada 4 Mei,tetapi sektor-sektor yang terkandung haruslah menurut SOP yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Bagi kedai pakaian dan aksesori fesyen, aktiviti mencuba pakaian adalah dilarang bagi mengelakkan perlanggaran anggota badan.

Tan Lih Shi selaku pemilik kedai Red Ant Series mengata bahawa keuntungan kedai merosot menyebabkan beliau masih mengalami kerugian walaupun cawangan kedai yang terletak di Jalan Hang Tuah diberi kelonggaran untuk dibuka membuat perniagaan.

Beliau mempunyai 3 cawangan kedai tetapi hanya satu cawangan dibenarkan untuk beroperasi disebabkan kedua-dua cawangan yang lain terletak di dalam Dataran Pahlawan Megamall masih ditutup sehingga 13 Mei yang akan datang.

Menurut pekerja beliau Teh Zee Chuan, tiada pelanggan yang mengkunjung walaupun kedai dibuka pada pukul 10 pagi sehingga 8 malam akibat Covid-19.

“Ketiadaan pelanggan menyebabkan pendapatan menurun disebabkan tidak mempunyai keuntungan komisen dengan hanya menerima gaji pokok sebanyak seribu lebih,” kata Mei Xing pekerja Red Ant Series.

Evon selaku pekerja kedai pakaian kata berasa belas kasihan terhadap majikan kerana ekonomi yang merosot dan mengalami kerugian tetapi majikan masih perlu membayar gaji kepada pekerja dan duit sewa kedai yang tinggi.

8 views0 comments

Related Posts

See All