top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Perkara Kecil Punca Perceraian?

Oleh : Raihan Rahim

Penyunting : Farah A’lia Manan

Sumber : cooperativetherapy.com


Terdapat sepasang suami isteri yang bercerai hanya disebabkan suaminya tidak membelikan isterinya ikan selayang yang dikirim olehnya namun, tidak dilupakan juga pasangan yang bercerai disebabkan perkara yang remeh seperti pasangan tidak mandi, pasangan yang suka membeli belah dan pasangan yang tidur berdengkur, cara picitan ubat gigi juga menjadi asbab penceraian pasangan di Malaysia ini. Pelik bagaimana perkataan ‘cerai’ boleh dilontarkan dengan begitu mudah sekali?


Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya inginkan perkahwinan yang kekal selamanya bersama pasangan. Namun begitu, pasangan yang mempunyai perselisihan faham ini mudah untuk menunjukkan perasaan amarahnya tanpa berfikir jauh tentang kesan yang bakal terjadi.


Isu perceraian dalam kalangan masyarakat di Malaysia kini amatlah membimbangkan. Hal ini disebabkan oleh kes perceraian yang dianggap remeh sahaja bagi sesetengah pasangan yang menyebabkan mereka tidak mengambil berat tentang isu ini.


Adakah perkataan ‘cerai’ itu terlalu mudah diungkapkan hingga tidak memikirkan amarah yang sedang menguasai diri? Bukankah susah untuk memulakan sesuatu perkahwinan tetapi mengapa mudah mengatakan perkataan cerai begitu sahaja tanpa memikirkan kesan yang bakal terjadi kepada kedua-dua belah pihak?


Perceraian perlu diambil berat oleh semua pasangan yang sudah berkahwin, oleh kerana perceraian merupakan isu yang sangat besar dan akan memberikan kesan dan impak yang besar secara mental dan juga fizikal kepada setiap pasangan yang mengalaminya.


Nadi bangi ingin membincangkan mengenai apakah yang menjadi punca kepada perceraian kepada pasangan yang bercerai ini. Oleh itu, bagi menjelaskan lagi mengapa isu perceraian di Malaysia kini kerap berlaku, kita akan merungkaikan isu ini bersama seorang pakar Psikologi dalam isu-isu kekeluargaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Syaidatun Nazirah Abu Zahrin.


Dari temubual oleh Nadi Bangi, Menurut beliau kes cerai mungkin terjadi kerana tiada ketidaksefahaman antara pasangan tersebut, ego serta tidak cuba untuk bertolak ansur boleh menyebabkan mereka bercerai.


Walau bagaimanapun, beliau juga beranggapan bahawa punca terjadinya kes-kes perceraian dalam kalangan masyarakat kini ialah kerana ceteknya ilmu agama, berilmu tetapi tidak beramal, penyakit hati dan penyakit mental.


“Sebelum mendirikan rumahtangga, setiap pasangan perlulah mengisi diri mereka dengan ilmu agama yang secukupnya. Tidak solat, tidak melakukan ibadah kepada Allah menunjukkan hati telah jauh dari Allah.” katanya yang juga merupakan penulis bagi buku Psikologi Cinta.


“Selain itu, penyakit hati seperti sombong, riak, ego, takabbur, terlalu mencintai dunia dan panas baran boleh menyebabkan situasi semakin dingin jika ada permasalahan berlaku. Sikap pasangan yang tidak mahu bertolak ansur, tidak mengambil berat dan mementingkan diri sendiri juga menjadi punca perceraian” katanya lagi


Setiap pasangan haruslah memiliki sikap prihatin dan cuba untuk bertolak ansur terhadap pasangannya bagi mengelakkan perselisihan faham antara mereka dan setiap pasangan juga lebih mesra dengan mengisi masa lapang mendalami ilmu agama, dan meluangkan masa bersama keluarga.


Di samping itu, Dr Syaidatun juga berpendapat bahawa kahwin muda juga boleh menjerumus kepada perceraian jika pasangan tersebut tidak bersedia untuk melalui alam rumahtangga di usia yang muda oleh kerana mereka tidak bersedia untuk menempuh situasi yang rumit.


Namun demikian, nadi bangi turut mengajukan soalan kepada Dr Syaidatun tentang cara-cara bagi mengelakkan perceraian berlaku.


“Pasangan itu haruslah meningkatkan ilmu, iman dan amal. Setiap pasangan perlulah bertaqwa dan takut kepada Allah SWT dalam erti kata yang sebenar, cintakan pasangan kerana Allah SWT, Setiap pasangan harus sentiasa berdoa agar rumahtangga yang dibina kekal hingga ke jannah. Selain itu, menghormati ibu bapa serta memberi nafkah kepada mereka secukupnya juga dapat memberikan keredhaan kepada sesuatu rumah tangga itu.” katanya lagi.


Pasangan berkahwin mempunyai peranannya yang tersendiri bagi mengukuhkan lagi perkahwinan yang dibina. Bagi pasangan yang beragama islam misalnya, haruslah sentiasa kembali bertaqwa kepada Allah dan jika terjadi sesuatu perkara haruslah sentiasa berfikir dengan lebih panjang akan sesuatu perkara yang mungkin akan memberi kesan kepada anak-anak serta keluarga yang dibina dan sentiasa berbalik kepada diri sendiri akan sesuatu perkara itu.

190 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page