Penulis: Choong Wei Hang
Penyunting: Gwee Hui Ching
Sumber: therakyatpost.com
KUALA LUMPUR, 25 Nov - Baru-baru ini tular di laman sosial tentang isu permintaan yang terlalu melampau daripada seorang pelajar yang sedang mencari penempatan latihan industri telah menimbulkan perasaan keraguan dan ketidakpuasan daripada pelajar serta pekerja lain.
Seorang pelajar yang baru menghabiskan pengajian diploma reka bentuk grafik telah menzahirkan hasratnya untuk menjalani latihan industri bersama syarikat reka bentuk grafik iaitu KF Design.
Latihan industri sebenarnya ialah program latihan wajib bagi tujuan pengijazahan kepada semua pelajar yang berperingkat pengajian tinggi. Tujuan latihan industri disediakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan pengalaman kerja yang sebenar di samping memberi pengetahuan yang diperolehi melalui penglibatan langsung.
Pada asalnya semuanya kelihatan biasa sahaja, pihak KF Design mendakwa diterima laporan tentang pelajar itu telahpun menghantar emel permohonan latihan industri dengan menjelaskan bahawa dia mempunyai kehasratan dan keinginan yang sepenuhnya untuk menjalani latihan industri di syarikat berkenaan.
Namun, permintaan pelajar tersebut yang terlalu tidak realistik dengan mengharapkan syarikat tersebut dapat menawarkan pelbagai insentif seperti pengangkutan, penginapan pelatih, insentif sarapan dan makan tengah hari, bonus prestasi serta gaji pelatih yang melebihi RM3,000 kepadanya.
Sudah tentunya KF Design rasa terkejut dengan permintaan pelajar yang melampau tersebut. Pihak syarikat juga tidak akan melayan syarat yang disenaraikan sedemikian dan seterusnya meminta pelajar tersebut untuk memohon latihan industri di syarikat lain.
Dengan susulan kes itu, pendakwa KF Design juga mengambil kesempatan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai melalui media sosial Facebook tentang sikap sesetengah pelajar yang tidak realistik dengan permintaan yang melampau ini.
Nadi Bangi sempat menemubual beberapa pekerja yang baru menghabiskan latihan industri tentang isu tersebut. Menurut Nur Amilya Husna Kamarul Zaman, 24, kini merupakan seorang pekerja eksekutif berkata “Tentulah tidak, sekiranya dia menginginkan gaji seperti yang dinyatakan. Cuba untuk bermula daripada bawah dan merasa dunia pekerjaan yang sebenar.”
Seorang lagi yang bekerja sebagai jurutera konfigurasi produk, Muhamad Aiman Jeffrey Bin Rasip, 25, juga menyatakan bahawa niat sebagai seorang pelajar secara nyatanya adalah untuk belajar sesuatu kemahiran dan pengalaman praktikal semasa dalam alam pekerjaan.
“Jika diberikan peluang untuk memberikan nilai gaji yang diinginkan sekalipun, kita tidak boleh melebihi permintaan terhadap syarikat tersebut.
“Pelajar diberikan gaji yang secukupnya sebagai seorang pelajar intern dan dilayan, dididik dengan baik. Saya tidak fikir akan ada masalah jika pelajar itu suka bekerja di sana dan belajar banyak perkara baru dari syarikat juga.” katanya
Selepas mendengar tentang isu tersebut, Sarah Nisa Binti Redzuan, 23, seorang pelajar yang sedang meneruskan pengajian reka bentuk grafik juga berpendapat bahawa tindakan pelajar tersebut adalah tidak munasabah dan realistik.
“Pelajar tersebut haruslah membuat semakan trend gaji berdasarkan lokasi syarikat bagi program latihan industri tersebut sebelum meminta sebanyak RM3000.
“Sampai sekarang, bagi program latihan industri, belum ada satu syarikat pun yang baik hati untuk memberi elaun gaji sebanyak RM2000, apatah lagi membuat permintaan sebanyak RM3000.” katanya.
Aqilah Naqlis Nazeri, 30, sebagai seorang artis visual yang berpengalaman dalam bidang reka bentuk juga berkata bahawa pentingnya melakukan perundingan untuk gaji dan faedah adalah terbaik untuk pelajar latihan industri tetapi cara yang digunakan mesti berkesan.
“Anda perlu memberikan apa yang boleh anda tawarkan kepada majikan untuk membuat kes anda.
“Bagi latihan amali, kita mesti membuat pelajar menyedari harga pasaran untuk upah dan majikan harus mempertimbangkan untuk menawarkan faedah yang menarik untuk mengimbangi gaji yang lebih rendah untuk latihan.” ulasnya.
Aqilah juga memberikan nasihat dan pendedahan kepada semua pelajar yang bakal memasuki alam pekerjaan yang begitu realistik ini supaya mereka 'pijak di dunia yang nyata' dan mempunyai kesedaran diri sekiranya rezeki untuk memperoleh gaji sedemikian serta dapat belajar benda baharu.
student sekarang ni x appreciate sgt lah
good news
ya betul. intern student nowadays demand salary and etc more than the fulltime employee
good