Nadi Bangi
Persatuan Nurani Bantu Anak Luar Bandar Menjadi Usahawan
Penulis: Muhammad Amirul Akmal Azhar
Penyunting: Kanaga Suntari Sundra Sakaran
Foto: Muhammad Amirul Akmal Azhar

KOTA BHARU, 1 Nov - Seramai 135 orang peserta daripada tiga buah negeri di Pantai Timur telah menyertai program keusahawanan anak luar bandar yang dianjurkan oleh Persatuan Nurani Rakyat Malaysia (PNRM).
Program keusahawanan anak luar bandar yang diberi nama Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti (PEKB) ini telah menjalankan kursus keusahawanan khas untuk anak - anak muda luar bandar yang terpilih daripada golongan keluarga B40.
Program tersebut memberikan motivasi kepada anak-anak muda di luar bandar untuk berfikiran lebih terbuka serta meningkatkan mutu ilmu di dalam diri mereka agar pengetahuan remaja-remaja ini tidak jauh ketinggalan berbanding dengan anak-anak remaja di bandar.
Pihak penganjur bukan sahaja menyediakan kemudahan seperti tempat penginapan dan kenderaan kepada para peserta, malahan sebanyak 135 buah bantuan barang, seperti komputer riba, printer, ketuhar, peti sejuk dan pelbagai lagi telah diberikan kepada setiap peserta secara percuma.
Menurut Encik Bisharuzi Omar, 46, penceramah, mengatakan bahawa program ini merupakan satu inisiatif untuk menarik minat anak-anak kampung untuk berjinak-jinak ke dalam industri perniagaan.
Menurut Ashwadi bin Yussof, 26, salah seorang peserta program berkenaan berkata, beliau sangat teruja dengan program ini dan berasa ilmu yang dipelajari ini sangat diperlukan. Beliau sangat meminati seni membuat banner dan poster selepas melihat rakanya di desa mempunyai kedai printing sendiri,” Katanya Ashwadi.
Encik Tabah Syazwan tetamu selebriti undangan, 46, yang turut hadir pada hari ketiga berkata bahawa, para peserta yang hadir sangat memberikan respon yang positif terhadap taklimat dan semua peserta datang dengan penuh semangat untuk membawa pulang ilmu kelengkapan yang cukup untuk berniaga.
Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti (PEKB) berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, dan para peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan.