top of page
  • Writer's picturePriiyalakshmi Kumarrajah

Persediaan Kolej Rahim Kajai Dalam Menangani Kes Kecurian

Penulis: Priiyalakshmi Kumarrajah

Penyunting: Ahmad Bhaihaqi Mat Tiah

Sumber Foto: Group Whatsapp Flatlet Kolej Rahim Kajai


BANGI, 6 Jan – Isu kes kecurian di beberapa buah kolej penginapan telah mengundang pelbagai reaksi daripada warga Universi Kebangsaan Malaysia (UKM) termasuk Kolej Rahim Kajai (KRK) yang melakukan persediaan untuk menangani isu ini.


Ekoran daripada itu, pihak KRK telah mengeluarkan notis peringatan melalui group WhatsApps untuk pelajar mengambil langkah terjaga-jaga dan berwaspada atas barangan mereka. Walau bagaimanapun, pihak Nadi Bangi mendapati terdapat ramai pelajar yang terlepas pandang notis peringatan tersebut.


Susulan daripada itu, pengetua KRK, Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit mendapati kes kecurian ini berlaku atas kecuaian sendiri dan para pelajar lebih cakna dengan keadaan persekitaran terutamanya peredaran notis peringatan tersebut.


“Saya meminta agar pelajar cakna dengan perkara yang berlaku di sekeliling dan tidak mempunyai sikap individualistik dalam diri masing-masing. Pelajar perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjaga barangan mereka yang berharga dan besar nilainya.


“Kecuaian yang berlaku di kolej ini adalah yang mana pelajar meninggalkan kunci di tombol pintu sewaktu keluar bilik seperti mandi. Kes kecurian juga boleh berlaku apabila pelajar mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam sehingga tidak menyedari bahawa pintu sudah renggang.


“Apabila pelajar tidak memastikan sama ada pintu dikunci dengan betul, tombol pintu akan menjadi renggang yang menyebabkan orang yang tidak dikenali menyamar sebagai staf pengurusan kolej atau universiti untuk masuk ke dalam bilik pelajar secara senyap-senyap.


“Dia (orang yang menyamar) hanya menolak pintu sedikit sahaja dengan perlahan dan ternampak pelajar sedang tidur lena lalu mencuri barangan berharga seperti komputer riba.


“Tetapi perkara sebegitu berlaku tiga tahun yang lalu semasa minggu ulang kaji yang mana pelajar sibuk mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam.


“Kes kecurian kebiasaan berlaku pada waktu sunyi dan secara bermusim, sebagai contoh pada waktu cuti pertengahan semester dan cuti perayaan,” katanya ketika pihak Nadi Bangi menemu bualnya.


Namun begitu, Dr Razaleigh menyatakan bahawa KRK tidak pernah mengalami kes kecurian yang besar yang menyebabkan kos kerugian yang tinggi kerana laluan simpang kolej ini adalah kawasan yang sering digunakan oleh pihak keselamatan, staf universi dan orang ramai.


“Kolej ini adalah bertuah kerana berada di persimpangan jalan yang mana staf Universiti, pihak keselamatan dan lain-lain sering lalu lalang serta tidak tersorok seperti Kolej Pendeta Zaba (KPZ) dan Kolej Burhanuddin Helmi (KBH),” ujarnya.


Selain itu, Dr Razaleigh juga berpendapat bahawa warga KRK mempunyai budaya saling mengambil berat antara satu sama lain seperti membantu menutup pintu dengan rapat sekiranya terbuka sendiri dan membantu untuk melaporkan sebarang kejadian yang berlaku di kolej ini.


“Budaya seperti membantu membuat laporan kepada pihak pengurusan sekiranya berlakunya sebarang kes di kolej ini menyebabkan saya bangga dan menghormati sikap warga KRK. Saya berharap agar kolej lain juga mengamalkan budaya sebegini,” ujarnya.


Namun begitu, Dr Razaleigh menegaskan bahawa sekiranya berlaku kes kecurian yang besar di kolej kediaman, maka diserahkan kepada Wisma Aman untuk membuat siasatan sama ada atas kecuaian sendiri atau isu keselamatan.


KRK akan sentiasa komited dalam menyebarkan notis peringatan dan informasi mengenai insiden yang berlaku di sekeliling universiti agar para pelajar dapat mengambil inisiatif untuk peka dan sentiasa berwaspada dalam menjaga barang berharga mereka dengan sebaiknya.


Pada minggu lalu, kolej-kolej kediaman dikejutkan dengan pemberitahuan notis kes kecurian beberapa buah komputer riba daripada Kolej Ungku Omar (KUO), KPZ dan yang terbaru di KBH. Namun begitu, suspek masih belum ditahan kerana kualiti rakaman CCTV adalah kurang jelas menyukarkan pihak atasan untuk membuat siasatan.


Sumber Foto: Nadi Bangi

268 views0 comments

Related Posts

See All

Restaurant DA TANG WEI DAO Closed Due to Explosion

By Wang Jiaqi Edited by Su Ling (The door was sealed after the accident. Source: photo Wang Jiaqi) SRI PETALING, 18 Apr - In the early morning of April 18, the Chinese restaurant Da Tang Wei Dao sudde

Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page