top of page
  • Writer's pictureAziq Hamizan

Persediaan Sambutan Aidilfitri Kembali Meriah Di Lembah Klang

Penulis: Muhammad Aziq Hamizan Azirin Azali

Penyunting: Muhammad Syakir Ahmad Sazali

Sumber: Google


KUALA LUMPUR: Persediaan menyambut kedatangan Aidilfitri kini kembali meriah setelah dua tahun peniaga-peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) terpaksa menutup perniagaan mereka susulan akibat virus pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak dua tahun yang lepas.


Sambutan Aidilfitri tahun ini dilihat lebih ‘istimewa’ bagi ramai rakyat Malaysia berbanding tahun-tahun sebelum ini. Justeru itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah membuat satu pengumuman pada tahun ini bahawa rakyat Malaysia dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman dan beraya bersama sanak saudara ekoran negara telah memasuki fasa peralihan endemik.


Ahmad Ridwan, 22, seorang rakan penulis menganggap bahawa sambutan hari raya kali ini wajib disambut dengan lebih meriah kerana beliau ingin menikmati keindahan raya yang tidak dapat disambut sebelum ini.


“Raya tahun ini baju raya mesti membeli yang baharu setelah dua tahun saya tidak dapat beraya”, katanya ketika ditemu ramah oleh penulis.


Persediaan Aidilfitri kali ini bukan sahaja memberi impak yang baik kepada beliau namun turut dirasai oleh para peniaga di sekitar Jalan TAR.


Khatijah, 55, berasa lega apabila kerajaan mula membenarkan sektor ekonomi kembali beroperasi seperti biasa dan inilah saat yang dirindui oleh beliau setelah dua tahun terpaksa menutup perniagaannya.


Walau bagaimanapun, persediaan menyambut Aidilfitri tahun ini masih lagi berada di dalam norma yang baharu, namun masyarakat hendaklah sentiasa beringat dalam menyambut keseronokan Aidilfitri, mereka perlu sentiasa mematuhi SOP sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan wabak Covid-19.


42 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page