Nadi Bangi
Persendakan Fizikal Adalah Satu Jenayah !
Updated: Jan 25, 2021
Oleh: Fath Abu Bakar
Penyunting: Dina Syafiqah Mohd Zan

BANGI, 23 Jan – Perbuatan mempersendakan fizikal orang lain seperti mengutuk dan menghina seseorang adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang kerajaan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyatakan perbuatan mempersendakan fizikal yang lebih dikenali sebagai body shaming atau face shaming ini boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 233(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya.
Nadi Bangi sempat menemu ramah mangsa body shaming, Naira Arlissa Mohd Nor. “Saya sendiri sebenarnya sebelum saya berubah kepada diri saya yang sekarang, saya dulu tidak menepati beauty standard yang ditetapkan oleh orang Malaysia kerana dulu muka saya penuh dengan jerawat, selekeh jadi bila saya dalam keadaan macam itu sedikit sebanyak telah memberi impak kepada diri saya sebagai contohnya saya dulu seorang yang sangat pemalu dan tak boleh tengok muka saya di cermin kerana saya merasakan diri saya buruk dan insecure. Saya juga selalu dikutuk oleh rakan sendiri dan pernah dikacau oleh lelaki yang mengutuk bentuk tubuh badan saya”
Tambahnya lagi, “Bila jadi macam itu saya nekad dan change kepada positiviti dalam hidup saya. Saya ambil peluang itu untuk saya mengubah diri saya daripada dulu seorang yang pemalu dan saya mengubah diri saya sampai pada hari ini saya mampu menjadi saya yang sekarang dengan boleh bercakap depan orang dengan selasa, berani, yakin, dan saya ubah penampilan saya. Jadi bagi saya perkara ini memang akan memberi kesan tetapi atas anda juga sama ada anda mengambil perkara itu ke arah yang positif atau negatif”.
Menurut Amira Zulaikha Saidon, “Saya rasa orang yang melakukan body shaming ini mereka sebenarnya rasa tak yakin dengan diri sendiri. Orang yang betul-betul yakin, mereka tidak akan nilai atau membandingkan diri dengan orang lain sebab mereka tidak kisah pun. Untuk orang yang kurang keyakinan diri, dia akan sentiasa rasa macam diri sedang di nilai sebab dia sendiri sentiasa buat benda itu pada orang lain. Dia akan panggil orang gemuk ke buruk sebab dia rasa rupa tu penting, padahal ramai orang tak kisah pun. Dia jadi macam tak puas hati bila ada orang yang dia rasa tak menepati beauty standard dia dapat hidup bahagia walhal dia masih lagi rasa insecure walaupun dah cukup cantik”
Katanya lagi, “Nasihat saya untuk orang yang selalu body shame orang lain, tolonglah muhasabah diri dan sedar yang tak indah itu bukan orang lain tapi hati dan minda anda. Bila hati itu busuk dan dengki, memang tidak akan rasa tenang walaupun dah jadi orang paling cantik dalam dunia. Jangan bagi alasan yang anda cakap benda betul sahaja, tak mengutuk. Kalau perkara yang anda nak cakap itu tak baik, seeloknya diam”.