top of page
  • Writer's pictureDanial Haziq

Persiapan Karya The Fashion Show UKM

Penulis : Muhammad Danial Haziq Bin Roslee

Penyunting : Kogileswari A/P Vellisamy



BANGI, 23 MEI – Kehangatan acara Karya The Fashion Show Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bakal berlangsung di panggung seni UKM pada hari Sabtu ini sudah mula dirasai oleh para peserta bagi memperagakan gaya mereka tersendiri.


Acara peragaan fesyen ini disertai oleh pelajar UKM dari pelbagai kolej dan memerlukan persiapan yang rapi sebelum mempersembahkan peragaan fesyen di hadapan khalayak ramai.


Selain acara peragaan fesyen, Karya The Fashion Show UKM juga melancarkan pelbagai persembahan lain seperti pertunjukan silat, kumpulan muzik dan tarian.


Menurut Ketua Pengarah Projek, Nor Faiza A/P Rosidin, pelajar Tahun Tiga Fakulti Pendidikan berkata, Karya The Fashion Show ini mengetengahkan elemen tradisional dan kebudayaan serta menjadikannya sebagai tema acara tersebut pada tahun ini.


“Warisan budaya harus dikekalkan kerana ia mempunyai identiti tersendiri, ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya.


“Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Budaya melambangkan identiti sesebuah kaum.


"Amalan budaya tradisional kita juga melambangkan sifat majmuk masyarakat kita di Sabang, Malaysia,” berkata beliau.


Menurut peserta Karya The Fashion Show, Muhammad Aliff Bin Badrul, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah) berkata, persiapan dan latihan dijalankan pada setiap malam selama dua minggu berturut-turut bagi memastikan acara tersebut berjalan dengan lancar.


“Kami menjalani pelbagai latihan dari segi mental dan fizikal selama tiga jam pada setiap malam sebagai persediaan menjelang acara Karya The Fashion Show pada hari Sabtu ini.


“Kami juga sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal bagi memastikan kami mampu memberikan persembahan yang terbaik ketika acara tersebut berlangsung kerana kami disaksikan oleh ramai orang.


Acara Karya The Fashion Show UKM ini dijalankan secara bersemuka setelah dua tahun dijalankan secara dalam talian.


“Perasaan gemuruh serta gementar sentiasa bermain di fikiran kerana, ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam acara secara bersemuka dii dalam Panggung Seni UKM sambil disaksikan oleh ramai khalayak,” katanya.


Karya The Fashion Show ini boleh dihadiri oleh semua pelajar UKM dan perlu membeli tiket terlebih dahulu bagi mendapatkan tempat masing-masing.



286 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page