top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Persiapan Malaysia Hadapi Lockdown 3.0

Oleh: Ain Natasha

Penyunting: Hazwani Syairah


Sumber: Majlis Keselamatan Negara


Malaysia sekali lagi mengisytiharkan Operasi Penutupan dan Penyekatan bagi menghentikan penularan virus COVID-19. Keputusan ini dibuat berikutan daripada jumlah kes peningkatan COVID-19 di Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari. Sehingga kini jumlah kes harian COVID-19 cecah sehingga hampir 8000 kes pada setiap hari. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan perintah berkurung selama 14 hari bermula daripada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021. Oleh itu, wartawan Nadi Bangi ingin berkongsi beberapa tips untuk persediaan semasa proses lockdown dilaksanakan:


Kekal Tenang

Rakyat dinasihati untuk sentiasa tenang semasa Operasi Penutupan dan Penyekatan bagi mengelakkan kegusaran masyarakat. Jika rakyat mula panik maka kerajaan tidak dapat mengawal keadaan sekeliling. Oleh itu, tiada timbul isu pembelian panik kerana Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan bahawa tiada penutupan penuh untuk sektor sosial dan ekonomi. Malah, bekalan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan adalah mencukupi. Masyarakat dinasihati untuk duduk di rumah sekurang-kurangnya 2 minggu jika tiada keperluan untuk keluar. Sekiranya terpaksa keluar dari rumah seperti bekerja atau membeli barang keperluan, sila patuhi SOP yang ditetapkan dan lindungi diri sendiri.


Merancang Kewangan

Memandangkan tempoh perintah berkurung bakal dilaksanakan selama 2 minggu, rakyat disarankan untuk merancang kewangan semasa tempoh berkurung dijalankan. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dalam menguruskan kewangan peribadi termasuk masalah menguruskan hutang. Walaupun masalah kewangan turut menjadi penyumbang, namun dengan pengetahuan kewangan yang baik akan membantu mereka mengawal kewangan dan menguruskan hutang. Masalah kewangan yang dihadapi rakyat Malaysia semasa perintah berkurung yang lalu jelas menunjukkan celik kewangan dalam kalangan mereka perlu ditingkatkan kerana ekonomi pada hari ini semakin meningkat. Ia merupakan salah satu persediaan yang baik dalam membantu mereka mengurus dan merancang kewangan peribadi semasa pemerintahan berkurung.


Menjaga Diri dan ‘Stay at Home’

Dengan menjaga kebersihan diri dan kekal berada di rumah dapat mengelakkan diri kita dari terus dijangkiti oleh virus COVID-19. Kita perlu sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti sentiasa mencuci tangan menggunakan sabun, menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer), mengamalkan penjarakkan sosial dan memakai topeng muka apabila keluar rumah. Selain itu, kita juga dinasihati untuk makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin dan sayur-sayuran dan makan makanan tambahan seperti Vitamin C. Seterusnya, kita juga boleh mengamalkan amalan gaya sihat seperti kerap melakukan senaman di dalam rumah.


Mencuba Bidang Baru

Pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan diri anda sentiasa gembira sepanjang tempoh ‘lockdown’. Antaranya dengan mencuba bidang dan hobi baru seperti mendaftarkan diri dalam kursus dalam talian dengan program pembelajaran digital seperti OpenCulture dan Duolingo. Cari hobi yang anda benar-benar minat untuk mengisi masa lapang semasa perintah berkurung. Seterusnya, anda boleh melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda anda seperti memasak, menyanyi, dan bermain permainan e-sukan. Hal ini kerana, aktiviti tersebut dapat merangsang pemikiran anda untuk kekal positif semasa berkurung.


Sentiasa Berkomunikasi Untuk Kekal Positif

Dengan berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan secara maya ketika pandemik ini adalah sangat digalakkan. Anda perlu sentiasa berkomunikasi bagi mengelakkan berlakunya tekanan emosi semasa berkurung. Hubungi mereka menggunakan telefon atau pesanan mesej untuk sentiasa peka tentang keadaan semasa. Pastikan anda sentiasa jelas dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.


Masyarakat dinasihati untuk duduk di rumah sekurang-kurangnya 2 minggu jika tiada keperluan untuk keluar. Sekiranya terpaksa keluar dari rumah seperti bekerja atau membeli barang keperluan, sila patuhi SOP yang ditetapkan dan lindungi diri sendiri. Mungkin sukar untuk sentiasa positif semasa pandemik namun pelbagai langkah yang boleh anda lakukan bagi mengisi kekosongan aktiviti harian anda. Kerajaan sudah memainkan peranan mereka dalam membasmi virus COVID-19, maka dengan itu marilah kita bersama-sama menyokong usaha kerajaan dalam memulihkan keadaan selama 14 hari.

286 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page