top of page
  • Writer's pictureMuhammad Akmal Arfan Roslan

Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Perkasa pelajar watan UKM

Penulis: Muhammad Akmal Arfan Bin Roslan

Penyunting: Kuvineshwaren Nedunjelian

Sumber Gambar: Nadi Bangi


BANGI, 14 Nov Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) dinobat sebagai juara Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Naib Canselor 2022 yang berlangsung secara fizikal di Dewan Kuliah 3F 201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, dengan mengalahkan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) di peringkat akhir.

Wakil pemenang daripada KTDI 1 Asarel meluahkan rasa gembiranya terhadap kemenangan yang dicapai oleh ahli kumpulannya setelah berhempas pulas selama berminggu-minggu menjalani latihan berdebat.

Empat pendebat iaitu Hanesha, Asarel, Wei San, dan Vivek Balakrishnan merupakan wakil daripada KTDI 1.

Selain itu, “melalui pertandingan debat bahasa inggeris ini juga membantu dirinya untuk berfikir secara kritikal dan pantas dalam memberi hujah-hujah yang bernas” kata Asarel

Asarel juga menzahirkan impiannya ingin membawa UKM di peringkat global dengan mewakil UKM ke dalam pertandingan Kejuaraan terbuka Debat Bahasa Inggeris Dunia.

Penyelaras Urusetia Perucapan Umum, Dr. Hashrul Hashim berkata penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar UKM adalah penting kerana ini merupakan satu ciri unik yang perlu ada pada mereka semua.


“Kita tahu UKM adalah universiti watan yang memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi dalam masa yang sama penguasaan Bahasa Inggeris juga kita gemilangkan seiring dengan bahasa Kebangsaan,

“Oleh itu, saya rasa pertandingan ini adalah satu bentuk manifestasi yang sangat baik untuk memberikan satu nilai tambah kepada pelajar UKM,” tambahannya.

Selain itu, beliau berasa gembira kerana pertandingan debat ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar UKM dan lebih baik daripada sebelum ini kerana kali terakhir penganjuran debat terpaksa dijalankan secara dalam talian akibat pandemik Covid-19.

Ketua pengarah pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Naib Canselor, Suraya Jasmine berkata pertandingan ini merupakan suatu galakkan yang baik untuk membantu para pelajar UKM dengan lebih lagi dalam belajar bahasa inggeris serta berlatih berdebat di dalam bahasa inggeris.

Suraya turut berkata bahawa dia bukan sahaja mahu UKM menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, malah dia juga ingin UKM menjadi tuan rumah kepada pertandingan debat yang disertai oleh pelbagai Universiti di dalam dan di luar negara.

Pertandingan debat bahasa Inggeris Piala Naib Canselor ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada Jumaat 11 November dan berakhir pada hari Ahad 13 November. Sebanyak 11 kolej menghantar wakil untuk bertanding di dalam pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Naib Canselor.

Kesemua pemenang debat bahasa inggeris akan mengambil anugerah mereka pada 4 Disember bersama-sama dengan pemenang debat bahasa melayu Piala Naib Canselor yang akan menutup tirainya pada hari yang sama.

119 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page