top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pesta Tanglung Kembali Lagi Dalam Norma Baharu

Updated: Nov 8, 2021

Penulis: Audrey Tung

Penyunting: Ghirija Muthu

BANGI, 30 Oktober - Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia juga dikenali sebagai “PTUKM” telah mengadakan satu majlis pelancaran dalam talian sesi 2021/2022 untuk memperkenalkan persatuan Cina kepada semua pelajar baharu.


Pesta Tanglung merupakan salah satu persatuan Cina dalam UKM dengan temanya “Persefahaman Budaya, Asas Keharmonian” dan ia juga merupakan satu platform untuk mengumpulkan para pelajar Cina untuk turut terlibat dalam pelbagai aktiviti, belajar bersama-sama dengan konsep yang berbeza setiap tahun serta menggalakkan budi pekerti dan memahami budaya dalam kalangan pelajar.


Ketua Pengarah Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-42, saudara Andrew Bong Wei Jie berkata: “Tujuan utama untuk mengadakan Majlis Pelancaran Dalam Talian Pesta Tanglung UKM ke-42 adalah untuk memperkenalkan Pesta Tanglung UKM kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu supaya lebih memahami tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ini. Pesta Tanglung UKM sentiasa memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk belajar menjadi seorang pemimpin, cara mengendalikan sesebuah aktiviti, cara berkomunikasi serta bekerjasama dengan orang lain”, katanya.


Tambah lagi, “Pesta Tanglung UKM tahun ini telah mencapai umur 42 tahun dengan konsep Righteousness dan tagline majlis ini adalah “Benefit never goes out of morality and rapport”. Majlis ini turut menggalakkan kalangan mahasiswa serta mahasiswi sama ada mereka mempertimbangkan kriteria akhlak dan sentimen sebelum memperolehi sebarang faedah kewangan,” tambah Ketua Pengarah Sekretariat PTUKM ke-42.


“Saya amat menggalakkan para mahasiswa terlibat dalam aktiviti kokurikulum selain fokus kepada akademik kerana pengalaman sebegini amat berharga dan ianya boleh dianggap sebagai satu inisiatif untuk mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental sebelum tamat pengajian. Saya telah belajar banyak perkara apabila saya diberi peluang untuk memegang sesetengah jawatan dalam persatuan untuk membantu menganjurkan aktiviti dengan ahli-ahli lain”, ujar seorang pelajar Tahun 3, Khoo Jie Shen yang pernah menyertai aktiviti Pesta Tanglung sebelum ini


“PTUKM merupakan sebuah organisasi yang serupa dengan keluarga dan telah menjadi platform untuk mencungkil bakat dan meningkatkan pelbagai kemahiran para mahasiswa dan mahasiswi. Saya amat berharap agar para mahasiswa dan mahasiswi boleh memberi kerjasama sepenuhnya untuk membawa aktiviti PTUKM yang manfaat ini kepada orang ramai,” ujar salah satu Penasihat Sekretariat PTUKM ke-42, Profesor Madya. Dr Gan Gok Beng.



Majlis Pelancaran Pesta Tanglung ke-42 telah berjaya dijalankan oleh pihak penganjurdan telah dihadiri seramai 180 orang termasuk para pelajar, barisan exco Sekretariat dan empat orang profesor memegang jawatan sebagai penasihat Sekretariat Pesta Tanglung ke-42 iaitu Dr. Vivien Yew Wong Chin, Prof. Madya Dr Gan Kok Beng, dan akhir sekali Prof. Madya Dr Chang Peng Kee, penasihat Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-41.





82 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page