top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pilihan Raya Mendatangkan Kebimbangan Kepada Pihak Kkm

Wartawan : Sarah Marini

Penyunting : Ain Arifah



Sumber: Astro Awani

PUTRAJAYA, 30 NOV — Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan rasa kebimbangan beliau sekiranya pilihan raya akan diadakan di Selangor lebih-lebih lagi di kawasan zon merah dalam sidang media yang telah berlangsung petang tadi.

Menurut Hisham, adalah lebih baik jika pilihan raya tidak dijalankan secara fizikal kerana hal tersebut mungkin akan menyebabkan peningkatan kes Covid-19 yang sedang berlaku pada masa ini. Oleh itu, hal ini terbukti bahawa situasi sekarang adalah masa yang tidak sesuai untuk mengadakan mana-mana kempen atau majlis yang berkait dengan aktiviti pilihan raya.

“Memang kebimbangan KKM untuk mengadakan pilihan raya pada masa ini dan syor Kementerian Kesihatan adalah, kalau boleh, tidak diadakan pilihan raya.

Walaupun keadaan semasa yang tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya, kita akan menggunakan prinsip tertentu dan akan kita lihat sama ada kita boleh mengguna prinsip-prinsip tersebut,” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Khabar tentang pelaksanaan pilihan raya ini telah menarik perhatian banyak pihak terutama sekali rakyat Malaysia. Ramai meluahkan rasa kebimbangan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya ia benar-benar akan dijalankan secara fizikal.

“Saya percaya SOP terbaik dapat dilaksanakan dan kita dapat capai 100% pematuhan SOP, tetapi hanya pada hari mengundi kerana berkempen itu yang paling susah untuk mereka patuh SOP. Jika terpaksa diadakan juga, ubah dan perketatkan aturan kempen, sebagai contoh, perkenalkan e-kempen (kempen secara atas talian),” komen daripada pengguna Twitter @M_Sy4f1q.

Namun begitu, purata kes Covid-19 telah terbukti semakin menurun dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan-kawasan zon merah serta pematuhan SOP. Perkara ini mungkin akan terus dijalankan sehingga negara kita pulih daripada wabak Covid-19 ini.

23 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page