• Nadi Bangi

PKPB Jejas Pendapatan Pengayuh Beca Di Melaka

Oleh : Fath Abu Bakar

Penyunting : Dina Syafiqah Mohd Zan

Sumber : TamuAsia

MELAKA, 28 Nov – Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasa di beberapa negeri, kebanyakan aktiviti perusahaan terjejas begitu juga pengayuh beca di negeri Melaka dimana telah merencatkan pendapatan mereka.


Nadi bangi sempat meninjau di sekitar Bandar Hilir bagi melihat sendiri suasana kota pada masa ini dan mendapati kawasan yang sering menjadi tumpuan pelancong kini lengang walaupun semasa waktu kemuncak. Keseluruhan 360 orang pengayuh beca di Melaka turut terkesan dan telah membantutkan pendapatan mereka lanjutan daripada PKPB.


Timbalan Pengerusi Persatuan Beca Warisan Melaka, Muhammad Sobri Md Yaakob berkata, “Memang susah sebab tiada pelancong yang datang dan terjejas teruk. Pendapatan sebelum PKPB dalam 50 hingga 60 ringgit tetapi semasa PKPB ini hari-hari memang tiada sebab tiada pelancong. Kebanyakan dulu pelancong dari Johor, Selangor dan Kuala Lumpur”. Kata beliau juga, walaupun pendapatan terjejas, tetapi tiada yang berhenti sebagai pengayuh beca pada waktu PKPB ini oleh kerana kebanyakan mereka memiliki beca persendirian.


Nadi Bangi sempat menemu ramah seorang pengayuh beca, Muhammad Saiful Jamil. “Susah dapat pelanggan dan kalau income tak tentu kerana ikut pada rezeki kadang-kadang banyak, kadang-kadang kurang tapi boleh juga untuk sara hidup. Kami juga ada buat promosi potongan harga lebih kurang dalam 20 ringgit dan 15 ringgit atas budi bicara penarik beca untuk warga Melaka dan semasa Deepavali”.


Nadi Bangi juga telah menemu ramah Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka, Sa’ari Basiron. “Sebenarnya untuk kita galakkan pelancong walaupun sekarang ini PKPB, kita ada lancarkan kempen visit Melaka. Jadi daripada itu kita bagi discount 50% untuk semua tempat-tempat tarikan pelancong dan ada 18 tempat tarikan pelancong termasuk juga pengusaha beca. Bukan setakat beca sahaja yang terjejas, kalau ikutkan semua terjejas teruk. Jadi sebab itu kita buat balik promosi dengan beri special discount kepada pelancong termasuk menaiki beca”.


Tambah beliau lagi, “Mungkin sekarang ini orang lebih berhati-hati ataupun sebab PKPB. Jadi mungkin dari segi kesedaran pelancong dan kehadiran pelancong ke negeri Melaka pun kurang tetapi kita masih teruskan lagi usaha promosi yang banyak selain kempen, kita juga ada membuat perbincangan dengan pihak hotel untuk memberi special discount untuk hotel bagi menggalakkan orang melancong ke Melaka”.


Rata-rata pengayuh beca bergantung kepada pelancong luar bagi merancakkan semula pendapatan mereka serta sektor pelancongan di negeri Melaka yang turut terjejas teruk akibat peningkatan semula kes Covid-19.


357 views0 comments

Related Posts

See All