top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

PKPB Tidak Cetus Huru-Hara, Keadaan Masih Terkawal

Oleh: Amira Zulaikha binti Saidon

Penyunting: Liu Jiun Er


Sumber: Amira Zulaikha


PUTRAJAYA, 5 Mei - Jangkaan ramai bahawa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mengakibatkan kekecohan dan huru-hara ternyata meleset apabila laporan mendapati keadaan masih terkawal.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan dalam Sidang Media Harian Covid-19 5 Mei 2020 bahawa seperti orang ramai, beliau juha menganggap akan berlaku kekecohan dan huru-hara pada hari pertama apabila rakyat akhirnya ‘dibebaskan’.


Namun, laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mesyuarat pagi tadi mendapati walaupun terdapat peningkatan dari segi jumlah kenderaan yang berada di jalan raya, keadaan masih terkawal.


“Dari segi laporan, kami dapati pemilik-pemilik premis yang mempunyai perniagaan kebanyakanna mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti memeriksa suhu sebelum masuk premis, menggunakan sanitiser, malah ada yang mengawal jumlah kemasukan pengunjung ke premis mereka”


“Individu juga kita lihat turut mematuhi peraturan yang dikeluarkan, walaupun tidak semua tetapi kebanyakannya mematuhi misalnya apabila memasuki premis perniagaan mereka beratur, memakai topeng muka, tidak berebut dan sebagainya”

Ismail juga menambah bahawa kenderaan awam seperti LRT dan MRT turut mematuhi SOP yang dikeluarkan, menunjukkan bahawa norma baru telahpun bermula dan akan menjadi budaya baru untuk rakyat.


Ar-Nur Zahidah (27) sebagai pengendali taska juga atas rasa tanggungjawab kembali beroperasi walaupun mempunyai risiko kerana kanak-kanak merupakan antara kategori yang mudah dijangkiti selain dari warga emas.


“Susah sebenarnya untuk kanak-kanak mengamalkan penjarakan sosial kerana sifat mereka yang aktif dan sentiasa mahu bermain bersama, namun kami mengambil inisiatif dengan menentukan sudut berbeza untuk setiap kanak-kanak serta mengehadkan jumlah kanak-kanak di taska supaya mereka tidak bergaul terlalu rapat”.


Menurut Zainab Omar (48), perlaksanaan PKPB penting dalam meransang ekonomi serta menggalakkan rakyat untuk mula membiasakan diri dengan norma baru, selari dengan gesaan kerajaan supaya rakyat mengamalkan kawalan kendiri atau self-regulation.


“Kami diberikan SOP lengkap yang perlu kami patuhi oleh Human Resource, bermula dari proses menyaring suhu badan di pintu masuk, pergerakan terhad di dalam lif, rombakan semula tempat duduk di pejabat untuk mengamalkan penjarakan sosial, serta perubahan mesyuarat penting kepada atas talian”


Ujar Ismail dalam sidang media juga, jika kawalan kendiri ini diteruskan maka dipercayai kita akan dapat mengekang penularan Covid-19 walaupun kelonggaran telah mula diberikan oleh pihak kerajaan.


“Oleh itu saya mewakili pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang mula mempunyai kesedaran dan mampu untuk membuat kawalan kendiri bagi memastikan Covid-19 dapat disekat penularannya. Begitu juga dengan pemilik premis perniagaan dan yang lain-lain kerana mereka mula mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan”.


Ekoran dari perlaksanaan PKPB, fokus pihak polis bukan lagi kepada melakukan roadblock kerana pelonggaran pergerakan telahpun diberi kecuali untuk pergerakan antara negeri tetapi kepada pematuhan SOP.

13 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page