top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

PMFEP Tawar Hadiah Kejuaran E-KESUFEP 2021

Oleh: Ariq Ibnu

Penyunting: Andrew Bong



BANGI, 18 April - Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk juara pertama, RM150 untuk juara kedua dan RM100 untuk juara ketiga bagi pemenang kejohanan e-sukan (E-KESUFEP) 2021 pendaftaran akan dibuka sehingga tarikh 25 Mei bagi seluruh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin ikut serta dalam permainan mobile seperti PUBG - Player Unknown Battlegrounds dan Mobile Legend.


Syarat kemasukan untuk peserta adalah membentuk kumpulan team dan wajib salah satu anggota team terdapat seorang mahasiswa FEP dan setiap kumpulan peserta perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30 dan memiliki aplikasi permainan mobile yang dipertandingkan.


Pertandingan e-sukan akan bermula daripadatarikh 27 Mei sehingga penutupan final pada 30 mei yang akan diselenggarakan secara talian oleh penyelenggara kejohanan.


Menurut Ketua pengarah program e-sukan “ Mizwar Nuhikwan Anwar Program ini adalah acara tahunan fakulti untuk mencungkil bakat mahasiswa dalam bidang sukan, namun pada tahun ini disebabkan oleh pandemik, maka acara terpaksa diubah menjadi E-KESUFEP dan dijalankan secara talian”.


Mizwar adalah salah satu penyelenggara acara liga esport FEP tahun ini yang merupakan seorang pelajar tahun 3 sarjana muda program akuntan daripada FEP , peran dan tuganya memastikan program E-KESUFEP tahun ini dapat berjalan dengan lancar.


Menurutnya “Tujuan daripada pelaksanaan pertandingan esport ini untuk mendorong para mahasiswa terlibat aktif dalam mengeluarkan minat dan bakat yang mereka miliki dalam bidang esport disamping mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah “.


Berdasarkan perayaan sukan yang dilaksanakan oleh PMFEP sebelumnya sejarah awal pertandingan esport bermula daripada tahun lepas dimana bersamaan dengan sukan lain esport hanya sebagai sukan sampingan yang dipertandingan namun berbeza pada tahun ini dimana esport akan menjadi sukan utama dalam kejohanan tahunan FEP.


“Disebabkan pandemik kejohanan sukan tahu ini hanya akan mempertandingkan sukan dalam bidang esport sahaja dan para penyelenggara daripada pelajar FEP juga telah melakukan segala persiapan berupa perancangan program, pengumpulan dana dan pencarian peserta”.


“Diharapkan pula antusias dari para pelajar yang menjadi peserta dapat menonjolkan bakat esport yang mereka punya dan tak lupa acara ini membina keakraban para pelajar serta peserta dapat memenangi hadiah yang telah ditawarkan.


Para penyelenggara untuk tahun ini mengharapkan sebanyak 24 peserta mendaftar diri mereka untuk mengikuti liga esport FEP, kejohanan FEP tahun ini pula diharapkan tidak kalah meriah daripada program-program kejohanan sebelumnya.

49 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page