• Mineshwara

PMI Kembali Dengan Program Antologi Sajak Dan Cerpen Ke-24 Dengan Tema 'Puthuyugam'

Penulis: Mineshwara A/L Ramaispran

Penyunting: Nurul Izzaty Syazwani Bt Hazizi


Sumber : Perwakilan Mahasiswa India (PMI)


BANGI, 22 MEI – Program Antologi Sajak dan Cerpen (Anto) ke-24 dengan tema ‘PUTHUYUGAM’ membawa erti ‘era baharu’ merupakan anjuran Perwakilan Mahasiswa India (PMI) dan kali pertama diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Program Antologi Sajak dan Cerpen (Anto) dianjurkan bagi menerapkan semangat penulisan kesusasteraan Tamil dalam kalangan generasi muda kini di mana ia mengandungi pelbagai pertandingan seperti pertandingan menulis dan mendeklamasi sajak, menulis cerpen, pertandingan syarahan dan pertandingan debat antarabangsa.


Satu pencapaian yang membanggakan terhadap Program Antologi Sajak dan Cerpen ini kerana berjaya berlangsung selama 23 tahun yang memaparkan keistimewaan bahasa Tamil yang memikat hati dan perhatian para penulis sajak dan cerpen.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor. Madya Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman serta turut dihadiri Ketua Puteri MIC Kebangsaan, Cik Shaliny Rajaram, Artis-artis Malaysia, Encik Sri Kumaran Munusamy, Sheela Pravina dan Encik Daview Puvanan sebagai tetamu khas bagi memeriahkan program Antologi Sajak dan Cerpen.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perwakilan Mahasiswa India (PMI) yang mengambil inisiatif dan bertungkus lumus melaksanakan majlis ini tanpa memutuskan rantaian program yang ke-24 pada tahun ini walaupun kita masih terikat dengan wabak COVID -19”, kata Pengarah Hal Ehwal Pelajar (UKM), Profesor. Madya Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.


“Saya amat percaya dan yakin bahawa program ini secara tidak langsung menjadi platform untuk para mahasiswa menunjukkan bakat dan kemahiran dalam pertandingan berasaskan bahasa Tamil seperti mana kita memartabatkan Bahasa Melayu dalam kehidupan, Bahasa Tamil juga haruslah dimartabatkan dalam kalangan mahasiswa India”, ujarnya lagi.


Vasantra A/P Vijayakumar merupakan pemenang bagi pertandingan menulis cerpen berkata beliau berasa bangga memenangi tempat pertama dan berharap dapat menyertainya lagi pada masa hadapan.


“Saya juga berasa sangat bangga kerana diberi peluang untuk menyertai dalam pertandingan menulis cerpen dan memenangi tempat pertama. Saya berharap kemenangan ini akan mendorong saya untuk terus mengambil bahagian dalam pertandingan yang akan dianjurkan oleh (PMI) pada masa hadapan”, katanya.


“Motif kami bukan sahaja untuk menyemarakkan dan menerapkan semangat penulisan kesusasteraan Tamil dalam kalangan generasi muda tetapi juga ingin menghulurkan bantuan dari segi keperluan alat tulis dan baucar buku kepada 62 pelajar b40 dari sekolah Tamil yang memerlukan bantuan dengan menggunakan dana yang kami dapat melalui aktiviti street marketing”, ujar Ketua Pengarah Projek, Vikesh Varma A/L Ananthan.


Sumber : Perwakilan Mahasiwa India (PMI)


Yang Dipertua Kelab Perwakilan Mahasiswa India (PMI), UKM, Thevakumar A/L Aragennan berharap bahawa kelab ini akan terus melakar sejarah baharu dalam UKM dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang menarik buat mahasiswa mahupun orang luar.


92 views2 comments