Nadi Bangi
POUND WITH HANIS TREND SENAMAN BARU
Penulis: Muhammad Sahrul Fahiz Mat Ariff
Penyunting; Nazrin Zulkafli

CYBERJAYA, 25 SEPTEMBER: Kira-kira 200 peserta telah mengambil bahagian dalam
menggegarkan perkarangan Tamarind Square dalam program senaman Pound with Hanis
baru- baru ini.
Pengasasnya, Nurul Hanisah Norizan, 28, berkata, kelas senaman Pound with Hanis yang
awalnya bermula dengan hanya 15 peserta, kini telah berkembang sehingga tertubuhnya kelas ini sejak awal febuari, tahun ini.
“Sehingga kini, kelas ini telah meneriman pelbagai penyertaan melibatkan pelbagai kaum,
bangsa, umur, jantina dan saiz badan.”
“Sebenarnya gaya senaman ini sangat popular dan bergiat aktif di negara jiran, seperti
Indonesia.Maka, kami juga sedang mencuba sedaya upaya untuk membawa senaman ini ke
seluruh Malaysia ”
Pound merupakan gabungan senaman kardio, yoga dan pergerakan diilhamkan dari pilates
yang mampu membakar kalori begitu banyak dengan hanya menggunakan kayu drum
bewarna hijau neon.
Kata peserta “pound ini salah satu senaman yang dapat membantu menghilangkan stress
kerana aktiviti “ketuk-ketuk” tersebut sangat menarik”, Afifah, 22.
“Pound fit ini ibarat satu senaman ala-ala bermain dram, dan ianya sangat menarik”,
Azzua.30.
Jika dulu penggemar muzik rock akan menyalurkan semangat kecintaannya kepada genre
lagu tersebut menerusi talian.Kini, muzik rock bukan sahaja hanya boleh didengar malah
boleh diekspresikan menerusi senaman terbaharu iaitu Pound.
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kelas senaman ini, ikuti laman Instagram,
@poundwithhanis untuk maklumat lanjut.
Pound bukan hanya gaya hidup, tetapi bakal menjadi trend senaman terbaharu di negara ini.