• Nadi Bangi

PRK CHINI SAKSIKAN PERTEMBUNGAN TIGA PENJURU

Penulis: Nazrin sarnin

Editor: Vimala

Sumber: Berita Harian


PEKAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan perebutan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Pada PRK ini, BN mencalonkan generasi kedua Felda Chini, Mohd Shahrim Md Zain, 41, yang juga Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan bagi memastikan kerusi DUN itu kekal milik BN.


Mohd Shahrim menjadi individu kedua mengemukakan borang pencalonan pada 9.01 pagi dan mengambil semangat Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS, pencalonan calon BN disokong oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pekan, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, selaku calon Bebas yang menggunakan simbol rumah menjadi individu pertama mengemukakan borang pencalonan pada jam 9 pagi.

Pertandingan kali ini turut menyaksikan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, yang juga aktivis masyarakat mengemukakan borang penyerahan pada 9.04 pagi walaupun menjadi calon pertama yang tiba di pusat penamaan calon pada hari ini.

Pencalonan, Mohd Shukri yang juga aktivis masyarakat menggunakan simbol kunci pada PRK DUN Chini yang disifatkan beliau sebagai simbolik untuk 'membuka sejarah' supaya penduduk setempat dapat menerima individu tanpa parti sebagai wakil rakyat.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.

6 views0 comments

Related Posts

See All