top of page
  • Writer's pictureNajwa Ismet Badjened

Program Arunika disambut meriah di UKM

Updated: Nov 13, 2022

Penulis: Najwa Ismet Badjened

Penyunting: Nabila Najwa Saiful Azuwar



BANGI, 31 Okt - Acara ARUNIKA yang dianjurkan oleh Indonesian International Student Mobility Awards (IISMA) telah mendapat sambutan yang luar biasa oleh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan budaya Indonesia pada hari Sabtu lepas bertempat di Kolej Ibu Zain.

ARUNIKA bermaksud memiliki kebahagiaan dan cahaya matahari yang terbit. Acara ini bertujuan bagi mengenalkan budaya Indonesia kepada pelajar dari negara-negara lain. Program ini juga dapat melahirkan perasaan rasa bangga dengan meraikan kelaianan antara bangsa serta budaya serta budaya yang ada di sekitar UKM.

Pihak IISMA telah bekerjasama dengan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) UKM dan juga UKM Global untuk melaksanakan acara ini.


Acara Arunika dihadiri lebih dari 100 orang pelajar tempatan dan juga antrabangsa yang berasal dari pelbagai negara seperti Jepun, Taiwan, Korea, Jerman dan lain-lain lagi.

Menurut pengarah projek, Mutia Raihan Iftinany, beliau berkata bahawa program ini diadakan untuk memperkenalkan budaya Indonesia kepada pelajar di UKM.

“Tujuan kami adakan acara ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan pengetahuan mengenai budaya Indonesia kepada pelajar-pelajar di UKM sekaligus mendorong pelajar antarabangsa agar lebih terbuka dan bangga untuk menunjukkan budaya mereka”

Selain itu, acara program dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis aktiviti seperti lumba makan keropok, lumba paku dalam botol dan juga larian dalam guni yang merupakan antara permainan tradisi warga Indonesia. Jamuan juga disediakan kepada para peserta yang terlibat seperti soto, ais buah dan pelbagai jenis makanan ringan dari Indonesia.

Pelajar tempatan yang hadir pada hari tersebut turut merasa gembira dengan pengalaman melalui kepelbagaian aktiviti yang diadakan.

“Acara ini memberi impak yang besar terhadap diri saya. Saya dapat memperoleh banyak pengetahuan baharu berkenaan budaya Indonesia. Saya berharap acara seperti ini akan diadakan lagi untuk menambah pengetahuan tentang pelbagai budaya yang lain.” kata Preti Kaur Gill yang merupakan pelajar tahun 2, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media.

Di samping itu, Siti Aisyah binti Mohamad Helmi pelajar tahun 3 Sarjana Muda Pengajian Citra (PPCU) mengatakan program ini dapat menonjolkan semangat yang luar biasa bagi pelajar pertukaran pada sesi kali ini.


“Acara tersebut telah membuktikan semangat luar biasa pelajar pertukaran dari Indonesia dalam memperkenalkan identiti mereka kepada pelajar-pelajar yang lain.” katanya.

Para hadirin yang hadir pada hari tersebut juga telah menerima buah tangan daripada pihak penganjur seperti baju, alat tulis dan pelbagai lagi barangan yang dibawa dari negara Indonesia.

Acara ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Harfiz Mohamad yang merupakan Eksekutif Kanan Pusat Antarabangsa (UKM Global).

81 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page