top of page
Writer's pictureNadi Bangi

Program Insan Budiman Tingkat Kebolehpasaran Pelajar

Penyunting: Yazlin Farina Yahaya

Wartawan: Amy Ting


Sumber: Zack Hanapiah


BANGI, 27 Februari - Seramai 250 orang pelajar menyertai Program Insan Budiman Modul 1 Kualiti Peribadi & Kebolehpasaran diri semester kedua 2019/2020 telah diadakan di Dewan Kuliah 3F 201 FSSK (RABU) pada hari 26 Febuari 2020.


Tujuan menganjurkan program Insan Budiman adalah untuk membantu pelajar membuat persediaan dengan teknik-teknik yang telah belajar dalam universiti sebelum di alam pekerjaan atau dunia luar.


“Modul Kualiti Peribadi & Kebolehpasaran diri membantu pelajar mencungkil lebih banyak kebolehan mereka dan menunjukkan apa kelemahan yang harus mereka mempertingkatkan” kata Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai selaku Pensyarah Kanan Penyelaras Sarjana Sains Sosial (Psikologi Perkembangan).


Pelajar-pelajar turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bertemu dengan ikon kerjaya selaku alumni FSSK yang telah dijemput mengikuti bidang masing-masing untuk mendapat nasihat-nasihat daripada mereka.


Para pelajar diberikan tugasan untuk melukis Life Graph dengan merujuk kepada laporan penilaian psikologi kebolehapasaran diri yang telah dijawab sehari sebelum progam insan budiman dijalankan.


Menurut Dr Abdul Rahman Ahmad tujuan memberi pelajari menjawab penilaian ini adalah untuk membantu mereka meneroka kelebihan dan limitasi diri bagi kesediaan ke tempat kerja.


Pihak penganjur turut menjemput Encik Mohd Yaseen Bin Zulkifli (Personal Financial Consultant CIMB Bank Berhad) dan Encik Mohd Azlan Bin Abdul Mubin dari Astro Arena untuk memberi nasihat kepada para pelajari.


“Saya memilih modul ini kerana ia menyediakan platform bagi saya untuk lebih memahami diri sendiri dan meningkatkan kebolehpasaran diri secara efektif” kata Goh Ling Kern.


Menurut Shirley (Sarjana Komunikasi Media, 1), beliau berasa gembira kerana program ini dapat membina keyakinan dalam diri sendiri serta memberi penglaman yang berharga kepada beliau untuk memohon pekerjaan pada masa akan datang.


“Saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang pekerjaan masa depan dan ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi berkongsi ilmu mereka kepada kita semua” kata Dennis Tan, pelajar Psikologi.


Program ini turut mendapat tajaan daripada Good Mood, Cream O dan Rexona.

192 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page