top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Program Vaksinasi Selangor Buka Peluang Untuk Sukarelawan

Oleh: Seri Haidah Jaapar

Penyunting: Nadia Nurshazira Mohd Sharani



BANGI, 3 Julai – Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang telah dilancarkan pada 26 Jun 2021 oleh kerajaan Selangor menggalakkan penyertaan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebagai usaha melengkap serta mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran serta memelihara pekerja di bawah SelVAX Industri.


Seramai 30 orang sukarelawan yang bertugas melalui syarikat pengambilan pekerja sambilan Troopers bersedia menyambut penerima vaksin seramai 3,000 orang maksimum dari jam 8 pagi hingga 9 malam pada hari operasi di Evo Mall Bangi.


Sukarelawan PPV Evo Mall, Azizul Rohani berkata, “Inisiatif Selangkah di bawah kerajaan negeri Selangor diurus oleh SelCare untuk syarikat-syarikat korporat atau kilang seperti syarikat pembinaan yang membeli vaksin berharga RM350 untuk dua dos melalui kerajaan Selangor.


“Temu janji akan ditetapkan setelah senarai nama diterima bagi yang telah membuat pembayaran. Usaha ini adalah bagi mempercepatkan program vaksinasi untuk semua kilang serta syarikat pembinaan,” tambah beliau.


Usaha ini dijangka menambah kapasiti harian vaksinasi dan mampu memendekkan jangka waktu yang signifikan. Sekitar 100 hari lebih awal dengan sasaran vaksinasi 80 peratus daripada populasi dewasa di Selangor, dijangka selesai pada Oktober ini.


“Pekerja sambilan yang diambil oleh Troopers menerima jaminan insurans serta kelebihan PERKESO bagi sebarang bentuk pekerjaan yang dipilih oleh mereka,” kata penyelia syarikat Troopers, Sim Xiu Chen.


Sukarelawan di PPV Evo Mall juga menerima kelebihan lain ketika bertugas seperti elaun harian sebanyak RM120 serta makanan tengah hari dan malam.


Seorang lagi sukarelawan PPV Evo Mall, Farah Ardina berkata, “Saya menganggap pengalaman ini sebagai satu kenangan kerana dalam keadaan begini, kita dapat membantu rakyat untuk percepatkan lagi pengambilan vaksin.”


Usaha ini melibatkan kira-kira 5,000 tenaga kerja perubatan dan bukan perubatan dengan sejumlah 1,228 klinik panel bagi melengkapkan usaha imunisasi di Selangor.


2.5 juta dos vaksin Sinovac yang diberikan sebanyak dua dos secara percuma kepada 250,000 penduduk menerusi SelVAX Komuniti, manakala 1 juta pekerja industri termasuk buruh warga asing di bawah SelVAX Industri akan dikenakan bayaran kepada majikan mereka.


Bagi melancarkan program SelVAX, sejumlah lima PPV mega, enam PPV dewan komuniti dan 15 Klinik Selcare sedang digerakkan.




62 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page