Nadi Bangi
Proklamasi Darurat Undang Pelbagai Reaksi Rakyat Malaysia
Oleh : Nabilah Abdul Rahman
Penyunting : Anis Shafeera

Sumber : Bernama
BANGI, 12 Jan : Pengumuman proklamasi darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin pada jam 11 pagi hari ini telah mengundang pelbagai persepsi rakyat Malaysia terhadap kerajaan.
Rata-rata memberikan pelbagai pendapat, ada yang bersetuju namun ada juga yang mempersoalkan kenapa perlu diadakan darurat jika PKP sudah memadai untuk menyekat pergerakan rakyat.
Dalam Sinar Live, Pakar Perlembagaan iaitu Prof. Dr Shamrahayu Ab Aziz mengatakan bahawa contoh perbezaan PKP dan darurat adalah tiada sebarang peruntukan undang-undang sedia ada bagi deployment of military sebagai anggota bantuan polis untuk mengawal PKP dan sebagainya. Tetapi dengan adanya darurat, deployment of military dapat digunakan (jika perlu) dengan undang-undang darurat iaitu Ordinan bagi mengawal sebarang perkara di luar jangkaan.
Nadi Bangi menemu ramah Syahirah Azmi pemilik syarikat tudung Guzel.kl “Sebab ada ecommerce store, its not badly impacted. Cuma because the announcement was done in such a short period of time, jadi kelam kabut to plan for stocks, collection, release.I think the people yang perlukan face to face business is having it worse”
Nadi Bangi juga sempat menemu ramah seorang pelajar fakulti undang-undang, “Pada pendapat saya, PKP/PKPB/PKPP adalah mencukupi bagi membendung wabak. Tapi proklamasi darurat ini diperkenankan oleh YDPA, kita takkan lawan. Kita akan taat.
Saya juga merasakan demokrasi kita takkan terencat kerana proklamasi darurat yang diadakan sekarang ini bagi saya lebih menjurus kepada darurat kesihatan dan bukannya darurat keselamatan yang perlukan kerahan tentera”
Selain itu menurut seorang peniaga atas talian, Anis Suzana, 23 “Bagi pendapat saya as a online seller, saya support dengan apa yang kerajaan buat sebab masing-masing asyik dan sakan pergi bercuti sebab anak cuti sekolah. Mungkin ini dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan gejala covid19 ni. Tiada yang memberi kesan terlalu besar kepada kami sebab kami masih boleh buat penghantaran by postage”
Nadi Bangi juga menemu ramah seorang pelajar tahun akhir Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Aqib, 22 “Proklamasi darurat ini patut diadakan. Sebab kerajaan Pakatan Nasional (PN) dikatakan sekarang sudah tiada majoriti so nanti PM akan menghadap YDPA untuk urusan seterusnya iaitu pembubaran parlimen. Lepas bubar sudah tentu kena buat PRU15. Dengan keadaan sekarang lintang pukang lagi nak tambah buat PRU, takkan tak amik iktibar lagi PRN Sabah itu hari.”
Sebelum ini Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula 13 Januari 2020 sehingga 26 Januari 2021 bagi 6 buah negeri yang berpotensi tinggi bagi penularan Covid-19 iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah
Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi 6 buah negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diadakan bagi negeri Perlis dan Sarawak.