top of page
  • Writer's pictureNurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus

PRU-15: Harga tiket penerbangan pulang didakwa mahal dan kurang pengangkutan darat

Updated: Nov 16, 2022

Penulis : Nurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus

Penyunting : Umi Hanisah Jeshri


Sumber: Internet


BANGI, 9 Nov - Harga tiket semasa musim mengundi mengundang amarah rakyat terutamanya golongan pelajar kerana seperti yang diketahui Pilihan Raya Umum (PRU15) mewajibkan semua rakyat Malaysia yang layak mengundi menjalankan tanggungjawab masing-masing.


Ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), memberitahu isu harga tiket penerbangan tinggi, serta jadual kekerapan pengangkutan awam darat (bas) menjadi kegusaran mereka, sumber daripada Astro Awani.


Rata-rata pengundi yang bergelar pelajar universiti mempunyai kekangan kewangan untuk membeli tiket dengan harga yang melampau untuk pulang mengundi. Ada yang mencecah ribuan ringgit untuk perjalanan pergi dan balik. Hal ini mengakibatkan ketidakmampuan mereka untuk mendapatkannya.


Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Siti Nur Sayyidatul ‘Ain, 22, berkata beliau hampa kerana walaupun masih terdapat tiket penerbangan yang dijual, harganya agak mahal bagi beliau untuk pulang ke semenanjung dan tidak berbaloi kerana apabila dibandingkan dengan harga tiket dari Sabah ke Semenanjung untuk PRU15 sama seperti untuk pulang pada musim cuti perayaan atau musim cuti sekolah iaitu sebanyak RM500 untuk perjalanan pergi dan balik.


“Bagi pengangkutan darat pula, kuota bas serta kuantiti tiket yang terhad menyebabkan ramai pelajar IPT tidak berpeluang untuk membeli tiket sekaligus menyukarkan perjalanan mereka pulang ke kampung. Kami hendak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi tetapi dengan keadaan harga tiket yang mencecah ribuan ringgit, ia sangat tidak masuk akal bagi seorang pelajar seperti saya untuk pulang semata-mata untuk mengundi. Lebih-lebih lagi negara kita baru sahaja beransur pulih dari keadaan ekonomi yang teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan dahulu”, kata Danial Haziq, 23, Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.


Menurut Nurfarah Hana, 22, pelajar Sarjana Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan di Universiti Utara Malaysia (UUM) pula beliau berkata pelbagai pengiraan perlu dilakukan seperti tambang penghantaran ke lapangan terbang serta tiket penerbangan yang pastinya membebankan mereka. Saya berharap agar kerajaan lebih mengambil berat terhadap isu-isu sebegini yang timbul dalam kalangan pelajar.


“Kerajaan juga perlu mewujudkan inisiatif kemudahan mengundi kepada para pelajar yang menetap jauh dari pusat mengundi mereka sebagai contoh undi pos.”


“Hal ini pastinya akan membantu para pelajar mengundi di pusat universiti masing-masing serta membantu meringankan kesesakan lalu lintas kerana kebanjiran para pengundi yang ingin pulang mengundi,” ujarnya ketika ditemu bual oleh Nadi Bangi.


Kerajaan seharusnya tidak memandang remeh isu ini lebih-lebih lagi pengundi baharu yang rata-ratanya daripada golongan pelajar universiti.


Inisiatif lain perlu dijalankan untuk memberi semangat kepada pengundi belia untuk turun mengundi tanpa perlu membebankan kewangan pelajar.


99 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page