top of page
  • Writer's pictureNur Aiman Syahmi Zainuddin

PRU-15 sentimen perkauman diungkit

Penulis: Nur Aiman Syahmi bin Zainuddin

Penyunting: Muhammad Yusry Haikal Yusuf

Sumber Gambar: Malaysia dateline


Pada tanggal 19 November 2022, Malaysia telah menjalankan proses pilihan raya buat kali ke-15 yang melibatkan jumlah pengundi seramai 21,173,638 berikutan pelaksanaan daftar pemilih automatik dan pembabitan pengundi berusia 18 tahun ke atas.


Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, Jumlah berikut terdiri daripada 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


Pilihan raya pada kali ini, menjadi tumpuan berikutan kepada UNDI18 yang diwartakan oleh SPR seramai 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun.


Sesetengah berpendapat bahawa pengundi pada seawal 18-20 tahun merupakan golongan pengundi atas pagar, disebabkan oleh kekurangan literasi dalam dunia politik.


Strategi komunikasi politik atau propaganda memainkan peranan yang besar dari setiap blok parti dalam menarik pengundi atas pagar untuk meraih sekurang-kurang majoriti mudah dalam dewan parlimen.


Propaganda Blok Parti


Medium aplikasi seperti Tiktok dan Twitter merupakan satu medium utama yang diberi penekanan oleh parti-parti politik untuk menarik pengundi terumatama pengundi muda menjelang Pilihan Raya Umum ke-15


Menjadi Isu apabila sesebuah parti menggunakan sentimen perkauman dan agama bagi menarik perhatian masyarakat terutama melalui aplikasi tiktok yang mesra pengguna dan mudah diakses oleh setiap lapisan masyarakat


Catatan oleh Sumber kini mengatakan pada 21 November, Perikatan Nasional (PN) dikatakan banyak menggunakan sentimen agama dan kaum untuk meraih golongan pengundi muda di tiktok dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


“Bermain dengan api, baru rasa kepedihan dan tarikan”. Inilah yang fenomena yang berlaku di medium Tiktok sendiri apabila sesetengah parti menggunakan isu agama dan perkauman untuk meraih keuntungan.

Sumber Gambar: SumberKini


Kandungan di Tiktok kini dibanjiri dengan pemikiran peristiwa 13 Mei yang katanya berhubung kait kepada sesebuah blok parti politik.


Secara asasnya, tanggal 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan kaum yang terbesar yang berlaku di tanah melayu.


Kisah 13 Mei ini melibatkan beberapa buah parti politik di tanah melayu iaitu, Democratic Action Party (DAP), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), United, Malays National Organisation(UMNO).


Malangnya, Kisah ini telah mula dibangkitkan semula di medium-medium aplikasi media sosial terutama di Tiktok, dimana apabila parti Harapan mendapat jumlah undian majoriti, sesetengan berpendapat, keputusan tersebut akan memberikan impak kepada sistem perlembagaan Malaysia hanya disebabkan oleh Parti DAP yang bergabung bersama blok parti Harapan.


Sumber MalaysiaKini, menurut pengarah eksekutif Centre for Independent Journalism (CIJ) mengatakan Badan pemerhati media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berkata inisiatif pemantauan PRU15 telah mengenal pasti salah maklumat dan naratif memecahbelahkan mengenai tragedi 13 Mei 1969, yang menyasarkan DAP yang dituduh terbabit, dan pada tahap tertentu Pakatan Harapan juga.


Beliau turut menyatakan bahawa penglibatan yang ketara di Tiktok telah menjadi tular di seluruh platform dan Naratif ini telah menghasut dan digunakan untuk menimbulkan ketakutaan, dan mendorong agenda anti-DAP (anti-Cina) sambil merayu terutamanya Perikatan Nasional untuk mentadbir negara.


Tindakan yang mengakibatkan tercetusnya ketenteraman negara telah melibatkan tindakan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Sumber daripada AWANI, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah memberikan peringatan bahawa, kepada pengguna media sosial agar mengekang daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh menyebabkan kegusaran awam.


Sumber Gambar: Twitter


Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang penuh dengan warna-warni perkauman yang terdiri daripada berbilang kaum.


Negara Malaysia juga telah mencapai satu tahap sebuah negara yang aman apabila berjaya mengekalkan keamanan perpaduan selepas pasca merdeka.


Pada PRU-15 kini, sentimen perkauman dan agama telah dibangkitkan hanya kerana ketidakpuashatian dalam sistem politik Malaysia.


Bagi melawan sentimen yang telah dibawa di medium Tiktok, di medium Twitter pula telah disemarakkan dengan #Kitakawan yang bermotifkan perkongsian bagi menggambarkan Malaysia yang muhibah.


Melalui akaun Twitter @mokciknab, pemilik akaun tersebut telah menyemarakkan semangat perpaduan dan mematikan sentimen perkauman dengan meminta masyarakat mengkongsikan kenangan mereka sebagai seorang yang masyarakat mengutamakan perpaduan.


Ciapan tersebut, mendapat sambutan yang meriah apabila masyarakat berkongsikan dengan pengguna media Twitter yang lain yang membuktikan Malaysia ini merupakan sebuah negara mengutamakan kepada teras perpaduan.


Senyuman dan kegembiraan yang terukir, mampu mematikan sentimen perkauman yang telah dicipta bagi melahirkan rasa kebencian.


Akhir kalam, jangan disebabkan perebutan kuasa, maruah agama dan kaum sanggup dipergadaikan. Kekalkalah negara Malaysia sebuah negara yang penuh dengan warna-warni, janganlah biarkan warna hitam dan putih terus kembali.



109 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page