top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Puasa Tanpa Bazar

Oleh: Fitri Azman

Penyunting: -


Sumber: Internet



PUTRAJAYA, 13 April - Kerjaan hari ini tidak membenarkan bazar Ramadan secara pandu lalu serta tempah dan ambil dilaksanakan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sudah meneliti dan mendengar pandangan Kememterian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai cadangan untuk melaksanakan bazar Ramadan dengan cara itu.


Nadi Bangi sempat menemubual Fauziah binti Ismail, 55 orang awam berkata, tindakan kerajaan untuk tidak membenarkan pembukaan bazaar ramadan adalah tindakan paling tepat bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini kerana ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya perhimpunan secara beramai-ramai. Hal ini sangat berkesan dalam memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.


“Kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab seharusnya mengikut saranan daripada pihak kerajaan dan tidak bersikap mementingkan diri bagi memastikan kita akan menang dalam melawan penularan wabak Covid-19 ini dan menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang bebas serta selamat”, kata Saudara Muhammad Faris bin Azman,21 salah seorang orang awam.


“ Para peniaga juga harus memahami situasi yang berlaku didalam negara ketika ini dan seharusnya juga tidak bersikap pentingkan diri. Memang seluruh rakyat kini berada dalam keadaan ekonomi yang agak merosot akan tetapi para peniaga boleh berniaga melalui atas talian dan tidak perlu untuk berniaga di bazar”, kata salah seorang orang awam iaitu Muhammad Daniel bin Azman,19.


Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia diseru untuk bersatu padu bekerjasama dan terus berdisiplin dalam memastikan Malaysia akan menang dalam menangani penularan wabak Covid-19 ini demi kemakmuran bersama.

12 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page