Oleh : Anis Shafeera
Penyunting : Nabilah Abdul Rahman
Pelakon, Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar Uqasha Senrose secara langsung ketika Anugerah MeleTop Era 2020 malam tadi. Ketika menyampaikan anugerah, Kamal tiba-tiba melutut dan melafazkan lamarannya sehingga membuatkan Uqasha terkedu. Sebelum ini, beberapa artis antaranya Awal Ashaari dan Scha Alyahya serta Hairul Azreen dan Hanis Zalikha turut membuat kejutan lamaran secara langsung di layar kaca televisyen.
Hal ini telah mendapat pebagai reaksi daripada netizen di Twitter, ada yang mengatakan tahniah dan ada juga yang menyifatkan situasi tesebut “cringe” .
“She’s the one”. Istilah yang sering dikaitkan apabila seseorang itu sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga Bersama orang yang disayangi. Tetapi pihak lelaki mesti membuat keputusan adakah anda ingin mengemukakan soalan itu secara terbuka atau secara tertutup? Sebagai lelaki apakah cara yang sesuai untuk anda mengemukakan hajat itu. Adakah dengan cara “public proposal” ataupun “private proposal”?
Bayangkan kejutan yang diajukan oleh pasangan anda di hadapan orang ramai. Jawapan yang perlu diberikan mestilah "ya" kerana jika tidak, keseluruhan keadaan akan menjadi awkward. Oleh itu, pihak wanita akan berasa tekanan kerana jika pihak wanita ingin mengatakan tidak terhadap lamaran, akan berisiko memalukan diri sendiri dan pasangan, serta melukai perasaan pasangan.
Pada dasarnya, jika anda seorang lelaki yang tidak pasti bahawa teman wanita anda akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga, anda akan melakukannya secara terbuka dan sekuat mungkin hal ini boleh dikategorikan sebagai paksaan dan bukanlah ingin bersikap romantik. Boleh dikatakan semua lelaki ingin melakukan perkara yang pasti disukai dan dihargai oleh pasangan mereka selama-lamanya tetapi perkara ini mungkin akan menambahkan lebih banyak faktor tekanan kepada pasangan.
Menerusi akaun Twitter milik PU Rahmat, beliau menceritakan kenapa islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoran mahupun atas pentas?
Menurut beliau, islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki. Tidak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan “tidak” kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya untuk menolak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan.
Tambahnya lagi, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga. Pernikahan juga bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan kedua-dua keluarga akan saling menilai “jiwa" mereka.
Nadi Bangi juga memetik komen seorang pengguna Twitter @arifkur2 berkata “public proposals are like holding the other person hostage. Hanya kerana anda berada dalam hubungan yang stabil tidak bermakna anda sudah bersedia untuk berkahwin. Walaupun anda bersedia, pasangan anda mungkin tidak. Ini komitmen yang sangat besar dan jika anda menanganinya dengan teruk orang akan terluka” tambahnya lagi.
Menurut komen seorang pengguna Twitter @nononemee berkata “Urgh, not my thing. I saw a girl get proposed to at a concert once, and all I could think was that I hope she said yes because she wanted to, and not because hundreds of people were watching and expecting her to.In my opinion, you should probably have a pretty good idea of what the answer will be, and if your fiancee is more or less likely to a) run away screaming or b)wish she could melt into the floor. Some people like to put it all on display - doesn't bother me, really. But it's not what I would want.”
Nadi Bangi memetik lagi komen seorang pemilik akaun Twitter @itsaminafif berkata “ melutut depan perempuan dengan cincin di tangan Melayu bukan adat tradisi Melayu. Kenapa tidak merisik, tunang, nikah dan kahwin? Janganlah kita normalisasikan budaya barat sebegini”
Comments