top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

PUSAT ZAKAT UKM MOHON MAAF

Oleh: Fatin Nasuha

Penyunting: Siti Norasikin




Sumber : Facebook Tabung Amanah Zakat UKM

BANGI, 27 September 2019: Pusat Zakat UKM telah mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi menerusi laman Facebook Tabung Amanah Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkenan perkhidmatan dan layanan yang kurang memuaskan.


Menurut kenyataan Ketua Bahagian Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia, Muhammad Tajuddin Abd Rahim, beliau menyatakan bahawa pihak mereka akan cuba sedaya upaya memperbaiki mutu pengurusan kearah yang lebih baik.


Hal ini berikutan lambakan aduan yang dibuat oleh pelajar menerusi media sosial mengenai isu layanan di kaunter zakat universiti. Rata-rata pelajar yang hadir semasa sesi temuduga menyatakan bahawa mereka terkilan dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh pihak zakat.


Salah seorang pengadu yang tidak ingin dirinya dikenali telah berkongsi pengalamannya semasa ditemuduga baru-baru ini. “Sewaktu ditemuduga saya terdiam apabila ditanya berkaitan dengan hal peribadi hidup saya. Soalan-soalan yang diajukan kebanyakkannya sensitif dan nasihat yang diberikan juga bersifat menyindir dan kasar” kata pelajar tersebut.

Berhubung dengan kejadian itu pihak zakat UKM telah memohon maaf di atas masalah yang berlaku terutamanya semasa sesi temuduga dijalankan dan juga kepada para mahasiswa yang berdepan dengan masalah tersebut.


Tindakan pantas Pusat Zakat UKM ini telah mendapat pujian dari pihak pelajar. Perkongsian kenyataan maaf yang dibuat menerusi laman Facebook itu telah mendapat lebih 300 tanda suka dan juga komen yang positif dari pihak pelajar.


Pihak zakat UKM juga menyatakan bahawa, pihak mereka mengambil maklum mengenai aduan yang telah dibuat berkaitan dengan Pusat Zakat UKM dan memohon agar para pelajar memberi penerangan mengenai isu tersebut melalui email muhammad.tajudin@ukm.edu.my bagi tindakan selanjutnya.

95 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page