top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pusat Zakat UKM Tawar Insentif Kepada Pelajar Cemerlang

Oleh: Deliyana Darwes

Penyunting: Nurul Farhana binti Abdullah


Sumber: Facebook Tabung Amanah Zakat UKM

BANGI, 7 Dis – Tabung Amanah Zakat UKM (TAZ UKM) menawarkan Insentif Kecemerlangan kepada pelajar yang beragama Islam Prasiswazah UKM yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.67 dan ke atas pada Ujian Semester 1 Sesi 2019/2020 akan datang.


Menurut Muhammad Salman Abdul Rahman, Penolong Pegawai Tadbir Pusat Zakat UKM ketika ditemu bual berkata “Program Insentif kecemerlangan dengan bayaran sebanyak RM200 ini adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada Mahasiswa UKM dalam mencapai kecemerlangan pengajian dan tidak hanya tertumpu khusus kepada penerima zakat semata-mata.


“Pelajar muslim wajar mengambil peluang ini dan pada masa yang sama memberi suntikan motivasi kepada semua pelajar untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.” Tambahnya lagi.


Nurul Adila Zulkipli (22), pelajar Program Pengajian Bahasa Melayu, FSSK UKM berkata, “pada pendapat saya, insentif ni sangat bagus kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat pelajar untuk lebih berusaha dalam pelajaran mereka.”


“Selain itu, insentif ini dapat meringankan beban bagi pelajar-pelajar miskin yang memerlukan wang. RM200 nampak sedikit tetapi bagi pelajar yang miskin atau susah 200 ringgit cukup besar untuk teruskan hidup di Universiti.” Tambahnya lagi.


“Manusia tidak akan buat sesuatu kalau tiada ganjaran. Bila ada insentif sebegini boleh dikatakan semua pelajar ada motivasi untuk mendapatkan insentif tersebut.”


“Walaupun mungkin ada sesetengah daripada pelajar memasang niat untuk mendapatkan insentif sahaja tetapi pada masa yang sama mereka pun berlumba untuk belajar sungguh-sungguh. Wang pun dapat dekan pun dapat. Siapa tak suka.” Kata Syafiq Azmi (22), pelajar Program Sains Pembangunan, FSSK UKM.


Pelajar tidak perlu membuat sebarang permohonan dan hanya perlu belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. Pihak Taz UKM akan mendapatkan data pelajar cemerlang daripada Pihak Prasiswazah untuk urusan pembayaran.


Pembayaran Insentif Kecemerlangan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun pelajar selepas 2 minggu keputusan peperiksaan diumumkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA).

259 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page