top of page
  • Writer's pictureNorFara Faziera Razali

Radio Midas Raih Sekitar 3,000 Pendengar Sepanjang Tempoh Bersiaran

Penulis: Norfara Faziera Moh Razali

Penyunting : Siti Syazreen Mohd Mahdzim


Sumber Foto: Nadi Bangi


Bangi, 4 Jan - Radio Midas menutup tirai pada musim ini dengan memecah rekod jumlah pendengar sekitar 3,000 orang sepanjang tempoh bersiaran melalui laman sesawang Spotify sejak Januari 2020.


Radio Midas merupakan rancangan podcast, yang diterbitkan selama enam minggu setiap tahun sebagai tugasan pelajar tahun 3, kursus Pengurusan dan Penerbitan Media di Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Menurut penyelaras Radio Midas, Dr. Kho Suet Nie meluahkan rasa puas hati dan bangga dengan kepelbagaian hasil genre yang ditonjolkan oleh podcast Radio Midas untuk semester kali ini.


“Kesemua podcaster telah memberikan kerjasama yang baik dan mereka begitu proaktif dalam menyediakan kandungan podcast, Tiktok dan reels mereka pada setiap minggu.


“Bagi semester hadapan saya telah meletakkan matlamat agar Radio Midas lebih fokus kepada pelajar di seluruh UKM serta menjadi rancangan podcast yang diminati dan didengari oleh generasi muda pada masa kini,” tambahnya.


Menurut data diperolehi di Spotify, jumlah pendengar pada musim ini meningkat kepada dua ribu berbanding Radio Midas musim lepas dan antara podcast yang berjaya memecahkan rekod angka pendengar yang tertinggi pada musim ini ialah Trio Terliur, Same-Bunk dan Remenisensi.


Menurut Nurul Izzaty Syazwani Hazizi (24), podcaster daripada Trio Terliur berkata mereka tak menyangka dapat meraih kutipan jumlah pendengar tertinggi iaitu sebanyak 1,033 mainan bagi episod keenam mereka ‘Halal Tak Tu?’ dan sekaligus memberikan mereka gelaran Top 3 selama enam minggu berturut-turut.


“Sejujurnya kami berusaha setiap minggu bagi mencapai Top 3 dan memastikan mencapai jumlah pendengar yang ramai agar objektif kami untuk memberikan pendedahan terhadap makanan tercapai.


“Jika dilihat pada episod ini, kesemua podcast turut bersaing secara sihat dalam mencari pendengar dan bagi saya apa yang penting bukan gelaran Top 3 namun bagaimana setiap podcaster mengambil inisiatif mempromosikan podcast mereka untuk didengari,” katanya.


Bagi Nur Izzah ‘Atirah Abdul Rahim (25), podcaster daripada Same-Bunk berkata kejayaan mereka meraih kutipan jumlah pendengar sebanyak 987 mainan untuk episod ‘Stop Carrying Old Feeling Into New Experiences’ memberikan kegembiraan kepada mereka kerana ini merupakan kali pertama mereka mendapat Top 3 sepanjang Radio Midas bersiaran pada musim ini.


“Sebelum ini kami tidak pernah mendapat jumlah mainan sebanyak ini dan gelaran Top 3 namun pada episod kali ini yang membawakan topik lembaran tahun baru, kami berjaya meraih kutipan yang kedua tertinggi buat musim ini,” katanya.


Turut berkongsi gelaran Top 3 ialah podcast Reminisensi yang mendapat bilangan pendengar sebanyak 852 di dalam episod ‘Goodbye 2022, Hello 2023’ yang membincangkan pengalaman manis dan pahit podcasters bersama panel jemputan sebelum melangkah ke tahun baru.


Radio Midas musim ini telah diakhiri dengan episod finale, Radio Midas: All Star, yang mengimbas kembali pengalaman manis setiap kumpulan sepanjang sesi penyiaran podcast masing-masing.


Dengarkan podcast All Star serta episod-episod lain daripada Shine On, A Secret Corner, Cinema Geographic, Trio Terliur, Sa-balik Lagu, Same-Bunk, Selam-Mik, GenZ Buddy, Reminisensi, Problemagic, Solitary Majority, Obrolan Aja serta CM Culture Lab di laman sesawang rasmi Radio Midas di Spotify.

31 views0 comments

Related Posts

See All

Restaurant DA TANG WEI DAO Closed Due to Explosion

By Wang Jiaqi Edited by Su Ling (The door was sealed after the accident. Source: photo Wang Jiaqi) SRI PETALING, 18 Apr - In the early morning of April 18, the Chinese restaurant Da Tang Wei Dao sudde

Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page