top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Railway Coffee Tarikan Ramai Pelancong!


Oleh: Haswendren Bala

Penyunting: Fathur Rezky Julius



Sumber: Google

Kluang merupakan sebuah daerah di Negeri Johor Darul Ta’zim, diishtiyarkan bandar sihat (Healthy City) oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Sadique dan Majlis Perbandaran Kluang mencatatkan salah sebuah daerah yang bersih dan unik. Yang menjadikan Kluang lebih istimewa adalah Kluang Railway Coffee yang memberikan sebuah identiti kepada Kluang dan kedatangan ramai pelancong.


Sejarah Kluang


Nama Kluang telah berasal daripada perkataan ‘Keluang’, sebuah jenis kelawar yang banyak wujud di sini beberapa tahun yang lalu. Kini, bilangan kelawar hampir pupus kerana peningkatan aktiviti pemburuan dan kemusnahan habitat semulajadinya. Kluang mempunyai keluasan sebanyak 2, 8518.8 kilometer persegi. Pada tahun 1915, sebuah pusat pentadbiran telah ditubuhkan dan mulanya kerja pembinaan landasan keretapi yang menghubungkan Kluang dengan bandar-bandar utama lain. Kluang dikatakan mengalami pertumbuhan pesat bermula tahun 1930-an dan menjadi pengeluar getah utama. Majlis Perbandaran Kluang telah ditubuhkan pada tahun 2001 hasil daripada Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi pelaksanaan fungsi daerah.


StesenKeretapi Kluang


Tempat yang mesti disinggah apabila tiba di Kluang iaitu, Stesen Keretapi Kluang atau lebih dikenali sebagai ‘Kluang Railway Coffee’ sedang beroperasi semenjak tahun 1915 hingga kini dengan tambahan cawangan di Kluang sahaja dan beberapa franchise di negeri lain serta di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2). Rekabentuk bangunan sejarah ini, dengan roti bakar yang disediakan dari ketuhar arang memberi perasaan nostalgia kepada semua pengunjung. Antara Menu popular adalah kopi, roti bakar, nasi lemak daun pisang dan telur setengah masak yang cukup menyempurnakan sarapan dan minuman petang. Kini, dengan adanya cawangan baru Railway Coffee, warung di stesen keretapi Kluang tetap di sana bagi memberi pengunjung pengalaman tradisional.

Selain daripada itu, Kluang kini dikembangkan kepada destinasi pelancong dengan mencantikkan lagi suasana. Antaranya, Laman Kreatif Kluang, ‘Kluang Art Street’ yang memberi peluang kepada bakat- bakat pelukis graffiti di lorong Jalan Sultanah membuka mata ramai terhadap pemandangan Kluang yang sangat baharu serta menjadi lokasi untuk berinstagram. Terdapat pandangan masyarakat yang mengatakan mereka tidak sangka bahawa Kluang sekadar bandar biasa kini boleh dipertandingkan dengan Street Art di Pulau Pinang. Para pelancong dapat berjalan kaki ke laman kreatif ini dari stesen keretapi Kluang setelah bersarapan supaya dapat tenaga untuk berjalan dan menangkap gambar yang banyak.


Gunung Lambak merupakan destinasi yang membawa pelancong untuk melakukan aktiviti senaman, aktiviti riadah, berenang dan mendaki gunung ‘jungle trekking’. Terletak 3km dari bandar Kluang, Gunung Lambak juga dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna, air terjun yang nyaman dan pemandangan yang indah dari puncak gunung. Pihak Majlis Perbandaran Kluang bertanggungjawab untuk menjaga kemudahan dan segala hartabenda. Kluang juga mempunyai sebuah taman tasik bagi masyarakat Kluang terlibat dalam gaya hidup yang sihat dengan membuat senaman dan jogging.


Dengan bangganya, penulis rencana ini sebagai seorang anak jati Kluang yang kini belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil peluang ini untuk menceritakan kehebatan tempat yang dilahirkan dan menetap selama 22 tahun serta melihat setiap perkembangan yang dilakukan di Kluang. Akhir kata, jangan sesekali tidak singgah ke Kluang Railway Coffee apabila tiba di Kluang.

96 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page