top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Rakaman Aksi Monyet Raih 11.1 juta tontonan.

Oleh: Muhammad Sahrul Fahiz

Penyunting : Ateefa Zulkifi


Sumber: twitter @theera

BANGI, 20 Okt – Siapa sangka rakaman video berdurasi 24 saat, sekelip mata menjadi tular, sehingga mampu meraih 11.1 juta tontonan dan 221 ribu “retweet” di Twitter, berikutan rakaman aksi seekor monyet menganggu manusia, baru-baru ini.


Bercerita lanjut, Atheera Zulkarnain, 18, salah seorang daripada tiga mahasiswi di dalam rakaman video lucu itu menerangkan, “Kami memilih untuk merakam video di gazebo itu kerana sumber pencahayaan dan lokasi yang menarik. Tiba-tiba, tanpa disangka seekor beruk mula mendekati kami dan cuba untuk merampas keropok sira yang dijamu oleh rakan saya.”


"Video itu dirakam kami bagi memenuhi tugasan rakaman video untuk kursus kimia iaitu Assignment Chemistry:Experiment Backyard Science.” Jelas Atheera.


“Ambik keropok, ambik keropok!”, itulah jeritan yang kedengaran panik, dan siapa sangka ia mampu mencuit hati ramai pengguna media sosial di Twitter.


“Saya sayang sangat dengan keropok itu kerana saya bawanya dari Terengganu dengan menaiki bas.” kata Amaleen Iman Ahmad, 18, mengenai video yang dimuat naik di akaun Twitter milik sahabatnya pada Sabtu lalu sehingga mengundang pelbagai reaksi oleh warganet.


3 sahabat iaitu, Nur Atheera, 18, Nur Syahira, 18, dan Amaleen Iman,18 yang juga penuntut Asasi Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, “Selepas beruk itu beredar kami memilih untuk tidak meneruskan rakaman kami di situ dan telah sepakat untuk merakamkan video tugasan pembelajaran tersebut didalam bilik kolej kediaman sahaja.”


Menyifatkan ia sebagai kisah kelakar, Nur Atheera berkata dia berkongsi video tersebut sekadar untuk suka-suka di akaun Twitter miliknya.


“Saya kongsikan video ini kerana merasakan ia bersifat kelakar. Namun tidak sangka ia boleh tular pula.” Ujar Atheera.


Terdahulu, insiden lucu ini juga telah mendapat perhatian beberapa selebriti popular tanah air, seperti Yuna dan Faizal Tahir. Malah, rakaman itu turut menerima reaksi dari warganet antarabangsa.

75 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page