top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Rakyat Malaysia Berang Kerajaan Lulus SFMM 35

Oleh: Alis Awasi

Penyunting: Amirul Naim Baseri

Sumber: babab.net

BANGI, 28 Nov – Segelintir warganet di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan isu berkenaan kewajaran penganjuran program dan aktiviti hiburan yang lain setelah salah seorang daripada finalis Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM 35) Alif Satar disahkan positif wabak Covid-19 baru-baru ini.

Rata-rata daripada mereka merasakan tindakan pihak kerajaan membenarkan industri kreatif menganjurkan program hiburan secara siaran langsung, sebaliknya melarang rakyat Malaysia untuk melakukan aktiviti keagamaan seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tidak adil dan bersifat berat sebelah.

“Alif Satar positif COVID guys. And he performed in Muzik-Muzik. Anyway, govt won’t suspend any aktiviti hiburan, aren’t they?” Nadi Bangi memetik kenyataan komen daripada pengguna Twitter @AfiqShari.

Ciapan yang mendapat sebanyak 10.7 ribu ulang kicau itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada golongan warganet. Mereka turut meluahkan rasa risau dan takut apabila jumlah bilangan kes positif Covid-19 telah naik secara mendadak kebelakangan ini. Ada juga di antara mereka yang bertindak menuding jari kepada pihak penganjur kerana kecuaian dan kegagalan mereka dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sewaktu program tersebut dijalankan.

Walau bagaimanapun, penyanyi berbakat Ernie Zakri telah membidas tuduhan warganet terhadap pihak penganjur SFMM 35 yang kononnya melanggar SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Nadi Bangi turut sempat memetik ciapan tulisannya menerusi akaun Twitter beliau.

“Buat anda yang tertanya2, SOP yang dijalankan oleh pihak TV3 amat ketat. Jika tidak berada disana, jgn la hambur kata2 yang tidak baik. Kami juga mencari rezeki saya seperti kalian. Industri kami anda lihat sebagai ‘hiburan’ dan kami hanya nak ‘have fun’, kata Ernie Zakri.

Luahnya lagi, rakan artis juga perlu mencari rezeki untuk mengisi perut walaupun mereka tidak berkecipung dalam bidang professional seperti yang lain.

Sumber: The Star

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan artis berkenaan berkemungkinan dijangkiti wabak tersebut sewaktu menjalani aktiviti luar daripada lokasi persembahannya.

“Maknanya dia dalam kawasan PKPB, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan nilai jangkitan di dalam atau luar, namun besar kemungkinan jangkitan di luar dan bukan dalam persembahan,” katanya sewaktu sidang media mengenai PKPB.

Tambahnya lagi, isu berkenaan penangguhan persembahan dan aktiviti hiburan yang lain akan dibawa ke pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk dibincangkan dengan dengan lebih terperinci, sumber Astro Awani.

367 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page