top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Rakyat Malaysia di Singapura Bersedih!

Oleh: Siti Nurhezzaty Hamdan

Penyunting: Ishaira Syuhada Isran




Sumber: Utusan


JOHOR, 6 Mei – Kerajaan tidak membenarkan pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura untuk pulang ke rumah pada 18 Mac yang lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan.


Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata Singapura bersetuju menyediakan kemudahan penginapan dan bersetuju menanggung kos sepenuhnya kepada pekerja Malaysia sepanjang tempoh perintah berlangsung.


Hasil menghubungi keluarga pekerja, ternyata keluarga begitu risau tetapi kerisauan itu pudar apabila mengetahui syarikat menjaga kebajikan pekerja di Singapura dengan menyediakan tempat tinggal, memberi makanan serta jaminan cuti bergaji.


Menurut Charis Amrullah, 25 yang bekerja bahagian sektor pembinaan di Singapura menyatakan keadaan masih terkawal dan keluarga tidak perlu terlalu risau keadaan mereka.


“Pengalaman bekerja kali ini begitu luar biasa, kerana tidak dapat menyambut Ramadhan bersama keluarga, terpaksa tinggalkan ahli keluarga tercinta dan perlu menjalankan tugas demi mencari rezeki serta tidak mahu hilang sumber pendapatan kerana merupakan tulang belakang keluarga”


Mohd Haziq, 24 yang merupakan pekerja restoran makanan berkata “Melihat kes semakin meningkat menyebabkan kami risau jika terpaksa melalui cuti tanpa gaji dan juga risau tidak dapat pulang beraya bersama keluarga”.


Walau bagaimanapun, mereka masih menantikan keputusan Kawalan Pergerakan di Singapura sehingga 7 Mei ini dan Sektor Pembinaan pula dijangka 18 Mei sudah boleh beroperasi semula.

17 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page