Nadi Bangi
Reaksi Netizen Terhadap Kes Buli di MRSM Kuala Kangsar
Penulis: Moganapriya Loganathan
Penyunting: NurSyafiqah Jafri

Sumber: Harian Metro
BANGI, 14 Dis - Kes buli dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar telah membawa reaksi yang berbeza daripada kalangan netizen.
Hasil siasatan mendapati kes buli ini berpunca daripada tindakan mangsa yang cuba untuk menasihati salah seorang daripada suspek supaya berhenti menonton video lucah. Tindakan mangsa yang cuba menasihati salah seorang daripada suspek telah menimbulkan rasa tidak puas hati.
Mangsa juga menyatakan bahawa dia mengadu kepada guru atau warden jika tidak berhenti menonton video tersebut. Selepas disiasat oleh pihak polis, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) telah mencadangkan pelajar terbabit ditamat pengajian mereka di institusi berkenaan.
“Punca kejadian Buli di Sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), akibat tindakan mangsa menasihati seorang daripada suspek untuk berhenti menonton video lucah dalam telefon bimbitnya”- @hmetromy, akaun rasmi Twitter Harian Metro.
Kenyataan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet di laman Twitter, kes buli ini berlaku kerana mangsa yang dibuli menasihati mereka untuk berhenti menonton video lucah tersebut.
Tinjauan wartawan Nadi Bangi mendapati bahawa kenyataan ini telah mendapat sebanyak 1298 tweets dan 1642 likes oleh pengguna twitter.
Reaksi netizen dalam laman sosial twitter telah memberikan satu mesej dimana perbuatan yang tidak bermoral serta membuli seseorang bukan sahaja memberikan impak negatif kepada individu yang terlibat sahaja malah pihak yang berlainan juga akan terbabit dalam isu seperti ini.
Ramai pengguna Twitter yang menyuarakan pandangan berkaitan isu ini mengikut perspektif yang berbeza.
“Inilah akibat bawa hp ke sekolah. Lebih byk buruk dari baik. Buku teks pun tak habis baca..” - Twitter @yuzlan72
“Poor parenting, lack of guidance, wrong influence and yes obviously looking into our system and leadership qualities… the entire education system need a revamp without political interference” - Twitter @ViCkN3S.
Beberapa ciapan yang dimuat naik daripada pengguna Twitter turut menyatakan bahawa perlakuan sebegini jelas menunjukkan sikap pelajar yang tidak sopan dan jauh daripada ajaran agama dan moral.
“Yg non-muslim pulak tegur yg muslim. Buat malu agama je ko dik.” - @Seojunnie.
“Akibat x ikut Pendidikan Moral dr kecil ke?” - @dahne_melab.
Terdapat juga beberapa ciapan daripada pengguna Twitter yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap pelajar tersebut dan berasa kesal dengan masalah buli yang masih lagi terjadi meskipun mendatangkan impak yang negatif.
“Hentikan buli. Hentikan video lucah.”- @RyRaAo.
“Ada keburukan jgk bawa phone ke sekolah tanpa pengawasan”- @faizalhasnan.
“Kesiannya dik, tujuan menegur demi kebaikan tapi kena buli. Apa nak jd budak zmn skg”- @anissofiaadan.