top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Red Fox Esport Championship 2021 Milik Arov Last Blood

Oleh: Rahimi Rahim

Penyunting: Azmi Nordin


Sumber: Facebook Red Fox Esport


BANGI, 23 Mei - Red Fox Esport PUBG Mobile 2021 telah melabuhkan tirai pada 23 Mei dan memperlihatkan Arov Last Blood sebagai juara bagi kejohanan edisi kali ini.


Player Unknown Battleground(PUBG) merupakan sebuah permainan atas talian yang kini telah mencapai sebanyak satu bilion pengguna di seluruh dunia. Permainan yang bertemakan peperangan itu telah mencetuskan fenomena dalam industri e-sukan tanah air dengan pelbagai organisasi berlumba-lumba untuk mengadakan kejohanan bagi permainan PUBG ini.


Di masa pandemik yang melanda kini, Biro Sukan dan Rekreasi Kolej Rahim Kajai Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) tidak melepaskan peluang untuk membuat kejohanan mereka tersendiri yang mana telah mendapat sambutan hangat daripada pelajar universiti itu sendiri dan juga pelajar-pelajar dari Institusi Pendidikan Awam(IPTA) yang lain. Jumlah penyertaan yang diterima adalah seramai 16 pasukan dan masing-masing bertanding bagi merebut jumlah keseluruhan hadiah yang bernilai RM1150.


Tempoh dua hari yang mencabar buat sang juara Arov Last Blood dalam perjalanan mereka untuk menduduki tangga pertama kejohanan. Selepas memenangi empat kali Chicken Dinner akhirnya mereka telah dinobatkan sebagai juara meninggalkan JW Gladius yang juga beraksi cemerlang tetapi kurang bernasib baik.


Ketua pasukan Arov Last Blood iaitu saudara Fitri Fahmi turut berkesempatan memuji sistem serta kelancaran kejohanan ini. Selain itu terdapat juga beberapa yang perlu diperbaiki serta mengharapkan kejohanan ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan.


“Alhamdulillah kejohanan Red Fox Esport ini berjalan dengan mantap dan sistem yang digunakan juga bertepatan dengan peringkat global juga, terdapat sedikit yang perlu diperbaiki iaitu daripada segi masa itu sahaja yang lain mantap!”.


Salah seorang daripada pemain pasukan Wolfpack iaitu saudara Daniel Kalif dimana dia juga gembira dengan program yang diadakan. Bagi pelajar yang menetap di Kolej Rahim Kajai(KRK) itu sendiri, dia berpendapat bagus sekiranya kejohanan ini berlansung secara tahunan ataupun dalam tempoh 3 bulan sekali.


“Program ini bagus sangat diadakan dengan pandemik so para pelajar tak dapat keluar kemana-mana untuk beriadah jadi ada baiknya program ini dilansungkan secara tahunan or boleh buat dalam 3 bulan sekali bagi memupuk lebih ramai atlet e-sukan di kolej ini”.


Dalam satu mesyuarat bersama semua ahli jawatankuasa program pada 24 Mei yang lalu Pengetua KRK Dr. Razaleigh Muhamat@Kawangit turut menyatakan rasa lega dan beberapa harapan untuk program ini antaranya adalah semoga untuk tahun yang akan datang penyertaan akan lebih ramai dan segala permasalahan yang berlaku seperti kelewatan dan kesukaran mendapatkan jaringan yang kuat dapat diperbaiki bersama rancangan khas dalam menangani masalah yang bakal berlaku.


“Saya bersyukur dengan segala kerisauan saya dan Dr Roslan sebulan sebelum program berlansung dapat ditangani oleh para ahli jawatankuasa. Saya juga berharap program ini dapat diteruskan sekaligus menjadi program tahunan dan segala bentuk permasalahan dari sudut masa atau Wifi dapat diatasi dengan adanya backup plan dari Ajk”.


Majlis penutup dilangsungkan dalam satu siaran langsung di laman Facebook Red Fox Esport 2021 dimana pengetua KRK telah merasmikannya. Majlis pengumuman pemenang turut dilangsungkan secara terus di mana Johan iaitu Arov Last Blood membawa pulang hadiah yang bernilai RM 500 manakala Naib Johan JW Gladius membawa pulang RM 300 dan tempat ketiga Wolfpack dengan RM 200.

Bidang e-sukan masa kini bukan sahaja dapat melahirkan para atlet malah ia juga dijadikan sebagai salah satu platform media baharu dalam memperoleh hasil pencarian. Oleh yang demikian program yang diadakan ini seharusnya menjadi contoh bagi organisasi yang ingin menganjurkan kejohanan seperti ini.

75 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page