Wartawan: Lingesh Kumar
Penyunting: Mathuumitha G.Ragawan
Sumber: Audio Launch Filem “Poochandi” di NU Sentral
KUALA LUMPUR, 3 NOV – Tayangan filem tamil tempatan berjudul “Poochandi” ditangguhkan lagi kerana pandemik Covid-19 di Malaysia.
Penutupan ini bukan sahaja memberikan kecewa kepada para peminat filem manakala pengarah filem juga berkongsi emosi mereka. Pengarah filem tempatan En. Wickneswaran Kaliaperumal atau lebih dikenali sebagai JK Wicky yang menghasilkan sebuah filem tamil tempatan bernama “Poochandi” berkongsi pandangannya terhadap penutupan pawagam ini.
“Saya merasakan keputusan ini walaupun terkecewa tetapi memandangkan situasi sekarang yang agak bimbangkan maka, kita harus bersama-sama membantu untuk membendung wabak Covid-19 ini” katanya JK Wicky.
“Sudah hampir 7 bulan pawagam semua di Malaysia menghadapi kerugian dan saya rasa keputusan ini dapat mengelakkan pembelanjaan wang yang berlebihan tanpa keuntungan oleh pengusaha pawagam” katanya lagi JK Wicky.
“Saya sebagai pengarah filem telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini dengan menangguhkan filem saya sehingga pawagam dibuka semula agar semua orang dapat melihat keuntungannya serta para peminat filemnya dapat menonton filem di pawagam dalam keadaan yang baik.” JK Wicky juga mengatakan filemnya “Poochandi” tetap akan ditayangkan di pawagam sahaja dan tarikh akan di beritahu di media sosial seperti “Instagram, Facebook” dan sebagainya pada masa hadapan.
Comments