Nadi Bangi
Rojak Sotong Gergasi
Oleh : Shafiq Haizad
Penyunting: Sharifah Sofeena

MASJID TANAH, 22 Dis – Kewujudan sotong gergasi yang diadunkan bersama mee rojak kini menjadi tumpuan masyarakat bukan sahaja di Melaka malah di seluruh Malaysia kerana menunya yang menyediakan makanan laut bersaiz besar dan menyelerakan.
Warung Hijau Rojak Sotong di Melaka yang dimiliki oleh Zainon Mohd Isa, 43, semakin dikenali ramai kerana menyediakan juadah sotong “Jumbo” dengan harga bermula daripada RM20 hingga RM40 untuk dua ekor sotong gergasi.
Beroperasi kira-kira sejak empat tahun yang lalu, beliau mendapat idea tersebut daripada anak saudaranya yang baru pulang dari China.
“Anak buah saya baru balik melancong, di China banyak hidangan pelik-pelik, lauk saiz besar,” katanya kepada Nadi Bangi.
Tambahan pula, untuk memberikan rasa yang berbeza, rojak ini turut mempunyai bahan seperti tauhu, sengkuang dan kuah rojak resipi keluarga. Sebanyak 40 kilogram sotong habis dijual pada hari biasa manakala pada hari sabtu dan ahad pula, sebanyak 80 kilogram sotong telah dijual. Warung Hijau Rojak Sotong dibuka pada setiap hari kecuali pada hari isnin.
Hujung minggu merupakan hari yang paling sibuk bagi Zainon kerana ramai pelanggan yang akan singgah ke warung beliau untuk mencuba menu Rojak Sotong. Warung beliau yang dipenuhi orang ramai menyebabkan Zainon terpaksa menggunakan khidmat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk membantunya mengawasi SOP pelanggan agar tiada sesiapa yang dijangkiti wabak Covid-19.
Nadi Bangi telah menemu bual Abdul Karim Bin Jamal, 47 yang merupakan pesara askar dari Kuala Lumpur dan telah memberi maklum balas tentang hidangan di warung ini. “Bila anak-anak saya cuti saya memang biasa ajak keluarga saya balik ke kampung singgah makan kat sini dan kadang-kadang satu hidangan tu kami berkongsi dua orang kalau tak habis kami bungkus bawa balik dan memang puas hati lah” katanya.
Rohana Yasim Binti Yasim, 41 merupakan pekerja kilang di Infeneon, Melaka telah memberi komen yang memuaskan. “Saya ni memang pantang dengar warung yang best dan kalau bab makanan memang saya takkan berkira harga, yang penting sedap dan puas hati”, ujarnya.
Nadi bangi juga telah merujuk Youtube lagenda pelawak tanah air iaitu Azlee Senario dan kawannya Wan Gegau. Mereka telah membuat satu lawatan ke Melaka untuk mencuba menu di Warung Hijau Rojak Sotong. “Satu hidangan ni saya rasa cukup untuk empat orang dan harga pula mengikut pasaran tidak terlalu mahal dan mampu untuk di beli”, katanya.