top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Roti Buatan Pelajar FST Laris Terjual

Oleh : Liaw Jia Ying

Penyunting : Nur ‘ Ain Syafiqah Rahim


BANGI, 20 Okt - Gerai roti di Pusat Aktiviti Pelajar, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dioperasikan oleh Pelajar Tahun 4 Program Sains Makanan dan Pemakanan telah memperolehi jualan sebanyak 150 biji roti sehari.


Operasi jualan tersebut dijalankan atas tujuan menyelesaikan projek tahun akhir mereka untuk subjek CMIE 3016 Usahaniaga Lanjutan.


Menurut Ketua Pengarah Projek, Oo Hao Shern, 23, “Sebelum membuka gerai roti ini, kami telah ditawarkan latihan dan peralatan secara percuma oleh sebuah kilang roti dari Switzerland, dan sebagai balasan kami akan menjalankan beberapa kajian untuk mereka seperti penyelidikan pasaran.


“Keistimewaan roti kami ialah kami menggunakan doh roti yang diperbuat daripada mentega dan tepung khas import dari negara Eropah, serta menggunakan teknologi dari Switzerland.


“Gerai roti kami akan beroperasi sepanjang semester ini iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, dan untuk semester yang seterusnya pula akan diambil alih oleh pelajar lain,” katanya.


Pelajar Program Sains Makanan dan Pemakanan Tahun 2, Basyhirah berkata, “Saya kerap membeli roti dengan mereka kerana roti yang dihasilkan lebih berkhasiat dan tanpa pengawet, sekaligus menunjukkan tanda sokongan saya terhadap projek mereka,”


Selain itu, Siti Maizura, Pelajar Program Biokimia pula berkata, “Kewujudan gerai roti ini telah membolehkan kami membuat pilihan lokasi untuk makan selain kafe FST.”


Kata Maizura lagi, bahawa gerai tersebut juga memberi kemudahan kepada pelajar FST kerana kedudukan lokasinya yang strategik, maka mereka tidak perlu pergi ke tempat lain semata-mata untuk membeli roti.


“Saya sering singgah ke gerai roti ini pada sebelum atau selepas waktu kuliah kerana roti yang dijual menepati cita rasa saya berbanding roti di kedai lain,” ujar Goh Pei Chen, Pelajar Program Bioinformatik.


Antara jenis roti yang paling laris terjual ialah roti gulung Coklat, roti Sosej, dan kek Muffin. Harga roti yang dijual adalah berpatutan dan sesuai untuk para pelajar iaitu RM1 hingga RM3.80.

41 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page