top of page
  • Writer's pictureUmi Hanisah Jeshri

Rupa nombor dua, bakat nombor satu

Updated: Nov 20, 2022

Penulis : Umi Hanisah Jeshri

Penyunting : Nurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus


Sumber Gambar: FINAS


BANGI, 14 Nov - “Rupa nombor dua, bakat nombor satu” kata Noor Kumalasari semasa berlangsungnya sebuah Forum yang bertajuk Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? Pada 14 November 2022 baru-baru ini di Dewan Perdana Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Tidak dapat dinafikan, rupa paras adalah perkara yang penting bagi seorang artis. Namun, kecantikkan rupa paras akan menjadi satu nilai tambah kepada lakonan kerana yang lebih memainkan peranan adalah dari segi bakat yang diasah.


Bintang veteran itu juga menekankan apa itu makna disebalik cantik, “cantik yang sebenar ialah, cantik daripada dalaman maka luaran juga akan terzahir kecantikannya, jika tidak cantik paras rupa tetapi hati baik, kamu tetap akan kelihatan cantik juga” katanya.


Seterusnya, Datuk Yusof Haslam berkata, sesebuah cerita memang memerlukan hero atau heroin yang mempunyai rupa tetapi tidak mengabaikan bakat yang mereka ada. Cantik adalah subjektif kerana bakat yang akan memberi rupa kepada lakonan.


“Semestinya kita sebagai pengarah tidak mahu melihat yang cantik sahaja tetapi cara bercakap dan berjalan juga dinilai kerana pengarah merupakan mata kepada kamera. Cantik tapi tidak berbakat tidak menjanjikan apa-apa, yang penerbit mahukan adalah cantik dan berbakat” .


Sebagai pelakon baru yang kian melonjak naik, Sharifah Rose berkata, jika mempunyai kelebihan sebagai seorang yang cantik, ia merupakan satu pembuka jalan untuk masuk ke industri dan bakat boleh digilap, yang penting berani untuk mencuba dan mengambil inisiatif untuk belajar.


“Input yang paling memberi kesan kepada saya apabila Noor Kumalasari menekankan berkenaan attitude comes first, jika kamu cantik dan berbakat tiada attitude kamu akan kelihatan tidak cantik” ujar Aina Umairah Binti Muhammad Dahlan, 22, Pelajar Pengajian Media dan Komunikasi Tahun 3 semasa ditemu bual oleh Nadi Bangi.


Nurul Izzaty Syazwani Binti Hazizi, 23, Pelajar Pengajian Media dan Komunikasi Tahun 3 berkata, cantik dan bakat perlu seiring, walaupun orang akan menilai luaran dahulu baru melihat kebolehan yang kita ada.


“Jika tidak cantik boleh di make-over begitu juga bakat yang boleh diasah dengan adanya minat kerana pentingnya kesungguhan untuk menjadi orang yang cantik dan berbakat” katanya.


Forum ini berjaya dilaksanakan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Seramai lima orang ahli panel yang tersohor telah diundang dalam forum ini. Diantaranya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Yusof Haslam, Noor Kumalasari dan dua orang bintang popular, iaitu Sharifah Rose dan Hariz Hamdan. Manakala Fahrin Ahmad bertindak sebagai moderator. Kelima-lima panel telah berjaya melontarkan pendapat mereka berkaitan tajuk forum ini.


26 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page