top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Sajak Romantis Spontan Hangatkan Malam FESNAIS

Oleh: Auzaee Athallah

Penyunting: Fauzan Khufi


Sumber: Media FESNAIS



BANGI, 7 Feb - Malam Festival Nasyid IPTA/IPTS (FESNAIS) yang dianjurkan oleh Sekretariat Keusahawanan dan Inovasi Kolej Pendeta Zaba di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 Februari 2020 lalu telah dihangatkan dengan penyampaian sajak romantis yang diklamasikan oleh saudara Muhammad Amirul Syafiq Bin Abas.


Syafiq melakukan penyampaian sajak romantis ini setelah dipilih secara rawak oleh penyanyi jemputan pada malam itu, Haqiem Rusli.


“Sejujurnya saya tidak merancang perkara tersebut. Segala yang berlaku pada malam itu, semuanya spontan”, kata Ahli Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Zaba yang juga pelajar Sarjanamuda Undang-Undang, 2, bagi menjawab persoalan orang ramai yang menyangka beliau telah merancang perkara tersebut bersama Haqiem Rusli terlebih dahulu untuk menyampaikan sajak kepada kekasih beliau.


Beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak menyangka video beliau tular di laman media sosial setelah dirakam oleh salah seorang penonton dan video tersebut dimuat naik ke laman sosial Twitter.


Festival pertandingan nasyid yang dianjurkan pada tahun ini telah disertai oleh 20 kumpulan nasyid dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, berbanding tahun lepas yang disertai oleh 12 kumpulan.


Pengarah Program FESNAIS, Mohd Fathuddin Fakri bin Ramli menyatakan bahawa keunikkan festival pada tahun ini ialah kerana kehadiran lebih 20 studio rakaman muzik untuk mengenal pasti bakat-bakat yang mampu digilap kearah yang lebih cemerlang.


“Perserta FESNAIS pada tahun ini boleh menganggap bahawa festival ini sebagai sebuah platform ujibakat di hadapan wakil-wakil studio rakaman muzik sekaligus menjadikan para pemenang pertandingan nasyid ini berkemungkinan mendapat peluang membuat rakaman bersama mana-mana studio rakaman yang hadir”, kata Mohd Fathuddin.


Juara FESNAIS pada tahun ini disandang oleh kumpulan nasyid dari Universiti Pertahanan Malaysia, tempat kedua disandang oleh Dimensee dari Universiti Sains Islam Malaysia manakala tempat ketiga disandang oleh Lasykar Khaleefa dari Universiti Kebangsaan Malaysia.


FESNAIS telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Datuk Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni – HEPA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

80 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page