Oleh: Rafaeil Bahri
Penyunting: Harith Ashyraf
BANGI 13 Jan - Selebriti media sosial dan juga usahawan kosmetik berjaya Nur Sajat Kamaruzzaman, 36 telah memuat naik satu rakaman siaran lansung di Instagram dalam keadaan menangis dan tertekan ketika berada dalam tahanan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Rabu lepas.
Dengan keadaan tangannya yang bergari berserta tangisan, individu yang dikatakan transgender itu yang menjalankan perniagaan kecantikan Nur Sajat Aesthetic, berkata dalam sebuah video yang disiarkan bahawa dia dipanggil oleh pihak berkuasa agama Islam Selangor (JAIS) pada hari Rabu yang lepas atas laporan yang difailkan tiga tahun lalu yang menuduhnya “menghina Islam".
Laporan itu berkaitan dengan kejadian ketika dia dan pekerjanya mengunjungi sebuah sekolah agama di Subang Jaya untuk mengagihkan bantuan zakat. Seorang pegawai yang boleh didengar di dalam video Instagram Sajat itu mengatakan kepadanya bahawa tuduhan itu berkaitan dengan apa yang dia pakai pada hari itu, iaitu gaun panjang berwarna merah jambu dan berhijab. Sajat juga secara jelas disebut sebagai "Encik. Sajat ”oleh pegawai di dalam video itu.
"Kita bukan hanya buat bayaran zakat ni setahun sekali, tetapi sebulan sekali dalam syarikat kami untuk lebih mempelajari dan menghayati ajaran agama Islam” kata Sajat mengenai lawatannya ke Tahfiz Az Zahrah Lilbanat dalam video yang telah ditonton lebih daripada sejuta sejak ia dimuat naik. "Saya hanya berusaha mendekati agama saya dan menolong orang lain sepanjang saya berniaga”.
Sekiranya didapati bersalah menghina Islam di bawah Seksyen 10 undang-undang Islam negara itu, dia boleh didenda hingga RM5,000 dan dipenjara selama tiga tahun. Undang-undang yang itu juga turut merangkumi mengejek budaya Islam dan memfitnah agama.
Klip berdurasi 40 minit itu bermula dengan Sajat bercakap dengan seorang pegawai melalui telefon dan bertanya mengapa pihak berkuasa agama Islam meminta dia hadir di pejabat untuk siasatan. Tetapi pegawai di seberang jalan itu enggan membocorkan maklumatnya, memintanya untuk datang ke pejabat untuk mengetahui lebih lanjut.
Klip itu kemudian terus dipotong ke minit Sajat berada di sebuah ruangan siasatan, di mana dia menangis dan mempersoalkan mengapa dia digari.
"Walaupun awak menghadiri dan membuat majlis penyerahan zakat ianya bukanlah melanggar hukum tetapi unsur-unsur berdasarkan pakaian awak yang salah," kata seorang pegawai JAIS. Kemudian Sajat terdengar sedang bergelut dengan petugas, sambil menjerit "Saya dah bagi kerjasama pada pihak awak. Jangan sentuh saya!" Seorang pegawai kemudian membalasnya dengan mengatakan bahawa dia "berkuasa" atasnya.
Ibu Sajat, Maimon Omar akhirnya masuk ke dalam bilik dan mula menyerang kedua-dua pegawai yang berada di dalam bilik bersama anaknya. "Saya berdoa awak semua akan dapat anak macam Sajat, jika tidak awak, cucu awak "Berani awak sakitkan anak saya!” Ibunya kemudian membuat panggilan dengan peguam.
Sajat akhirnya dibebaskan dan dibenarkan pulang. "Semua yang saya buat, mereka kata itu salah. Saya telah berusaha untuk menjadi seorang yang Muslim yang baik, tetapi mereka menghukum saya,” tulis Sajat dalam posting Instagram terbarunya.
.
Kommentare